KOTA KINABALU, 1 MAC – Kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik ke atas Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris di Markas Pemerintahan Armada Timur, semalam.
Pertemuan ini menekankan kepentingan memperkukuh jaringan kerjasama terutama melalui platform Jawatankuasa Kerjasama Kerja Kecil Maritim Malaysia dan TLDM (J3KAT), selain memperbanyakkan aktiviti bersama antara Maritim Malaysia dan Armada Timur di Sabah dan Sarawak.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah persiapan Eksesais Samudera Perkasa Timur 3/2025, yang akan dikendalikan oleh Maritim Negeri Sarawak. Dalam eksesais ini, aspek komunikasi antara aset laut serta penyelarasan antara bilik gerakan kedua-dua agensi akan diberi perhatian bagi memastikan operasi lebih efektif dan berimpak tinggi.
Selain itu, perkembangan terkini mengenai keselamatan perairan negara turut menjadi agenda perbincangan, dengan kedua-dua pihak bertukar pandangan bagi memperkukuh strategi dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.
Kunjungan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik jalinan erat antara Maritim Malaysia dan Armada Timur.
Turut hadir pada sesi lawatan ini, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli; Pegawai Memerintah KM ARAU, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria serta Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Eksesais, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

