window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGADAKAH LAWATAN KERJA RASMI KE BAKAMLA REPUBLIK INDONESIA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGADAKAH LAWATAN KERJA RASMI KE BAKAMLA REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA, 27 FEBRUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA RI) di Jakarta, hari ini.

Lawatan tersebut turut merangkumi kunjungan hormat ke atas Kepala BAKAMLA RI, Laksamana Madya TNI Irvansyah, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik dalam keselamatan dan penguatkuasaan maritim antara kedua-dua negara.

Sepanjang pertemuan, kedua-dua pemimpin agensi coast guard ini membincangkan pelbagai isu keselamatan maritim, termasuk pemantauan dan pengawasan perairan, pencegahan jenayah rentas sempadan, serta pelaksanaan latihan dan operasi bersama bagi meningkatkan kecekapan aset serta kesiapsiagaan anggota menghadapi ancaman keselamatan serantau.

Dalam sesi perbincangan, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli menegaskan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkukuh mekanisme kerjasama keselamatan laut melalui pertukaran maklumat risikan, pelaksanaan operasi bersepadu, koordinasi bantuan kecemasan serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan yang dikongsi bersama.

“Kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan BAKAMLA RI perlu diperkukuh dalam menghadapi cabaran keselamatan baharu seperti aktiviti penyeludupan, pencerobohan perairan, serta ancaman lain yang berpotensi menggugat kestabilan serantau. Kepercayaan dan keakraban antara kedua-dua agensi menjadi teras utama dalam memastikan perairan Malaysia-Indonesia kekal selamat,” ujar beliau.

Sebagai sebahagian daripada komitmen bersama, kedua-dua agensi terus memperkukuh pelaksanaan Patroli Koordinasi Optima (PATKOR OPTIMA) MALINDO, iaitu operasi rondaan bersepadu yang dilaksanakan secara tahunan di perairan negara masing-masing.

Operasi ini menyaksikan penglibatan aset maritim dari kedua-dua negara dalam meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perairan yang strategik, sekali gus memastikan kelancaran laluan perdagangan serta mengurangkan risiko ancaman jenayah maritim.

Lawatan kerja rasmi ini turut menyaksikan sesi pertukaran cenderamata antara Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli dan Laksamana Madya TNI Irvansyah, sebagai simbol keakraban dan kesepakatan dalam memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan BAKAMLA RI.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini, Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia (MIND), Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman.

Kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan BAKAMLA RI diyakini mampu meningkatkan keupayaan penguatkuasaan maritim, memperkukuh keselamatan perairan serantau serta memastikan kestabilan di rantau ini terus terpelihara.

 

BAKAMLA MCG
 
BAKAMLA MCG2
 
BAKAMLA MCG4
 
BAKAMLA MCG6
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC