GEORGETOWN, 21 FEBRUARI – Tiga Pegawai Kanan Maritim Malaysia, iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelaraan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony; Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa serta Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi hadir ke sesi Mesyuarat Combine Maritime Working Group (CMWG) Ke-82 di antara Malaysia dan Thailand yang diadakan di Royale Chulan Hotel, Georgetown, Pulau Pinang pada 19 hingga 21 Februari 2025 lalu.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato' Baharudin bin Wan Md Nor TLDM dan Commander 2nd Naval Area Command Royal Thai Navy (RTN), Vice Admiral Narate Wongtrakoon.
Mesyuarat yang dihoskan Malaysia ini diselaraskan oleh Malaysia-Thai Border Coordination Office (MTBCO) merupakan platform kerjasama antara Malaysia dan Thailand bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan maritim dan pengurusan sempadan antara kedua-dua negara.
Maritim Malaysia merupakan ahli tetap kepada Mesyuarat CMWG yang dilaksanakan dua kali setahun serta berperanan dalam memastikan keselamatan maritim dan penguatkuasaan undang-undang di perairan Malaysia, serta berkolaborasi dengan agensi maritim Thailand dalam menangani isu-isu keselamatan di kawasan sempadan.
Turut terlibat di dalam mesyuarat selain Tentera Laut Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia ialah, Pasukan Polis Marin, Royal Thai Navy dan Thai Marine Police.
Kemuncak mesyuarat adalah acara menandatangani Minit Mesyuarat CMWG yang ke 82 dan pertukaran momento antara kedua-dua pengerusi bersama.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

