KUANTAN, 23 FEBRUARI – Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) Siri 2/2024 buat julung kalinya mengikuti Kem Elite Adventure di Kempville Beach Resort, Kampung Kempadang, Kuantan yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula pada 19 hingga 21 Februari lalu.
Program melibatkan 50 Kadet PASKAM UMPSA Siri 2/2024 dikendalikan oleh 20 fasilitator daripada kohort Kadet PASKAM UMPSA SIRI 1/2023 dengan dibantu dua pegawai dan jurulatih yang diketuai Penyelaras PASKAM UMPSA, Leftenan Maritim Wan Hussin Zaki bin Wan Abdullah Fadzil.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada para kadet PASKAM untuk mengasah dan mempraktikkan budaya kepimpinan dalam membentuk jati diri melalui pelbagai pengisian yang disusun.
Program ini juga bertujuan memantapkan disiplin, keyakinan diri serta memperkasakan semangat kerja berpasukan bagi mendepani cabaran tugasan yang diamanahkan dan toleransi di antara para kadet PASKAM untuk mencapai matlamat bersama walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza.
Selain itu, para kadet PASKAM juga didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas ikhtiar hidup dan kemahiran lain sebagai persediaan menghadapi cabaran yang di luar jangkaan.
Majlis Penutup program disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Ismail bin Hamzah dan Timbalan Pengarah Logistik, Komander Maritim Fakrul Akmal bin Hamzah.
Diharapkan program ini dapat memberikan semangat baharu dan menerapkan nilai-nilai positif kepada para kadet PASKAM menerusi aktiviti-aktiviti yang mencakupi kekuatan fizikal, mental dan rohani.
Menerusi jalinan kerjasama dan komitmen UMPSA dan Maritim Malaysia ini diharapkan lebih banyak program dapat dilaksanakan pada masa datang bagi melahirkan watak graduan yang berdaya saing dan melengkapkan diri menjadi generasi pemimpin yang berjaya di masa hadapan.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

