08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MAJLIS PENUTUP MESYUARAT OPERASI APMM (MOA) KE-42 BILANGAN 1/2025

SEBERANG JAYA, 19 FEBRUARI – Mesyuarat Operasi APMM (MOA) ke-42 Bilangan 1/25 telah diadakan selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 Februari bertempat di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang melibatkan pengurusan tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah-pengarah Maritim Negeri serta Pegawai—pegawai Kanan Maritim Malaysia.

MOA yang diadakan dua kali setahun itu merupakan mesyuarat libat urus terarah yang bertujuan bagi meningkatkan keberkesanan operasi Maritim Malaysia melalui penyelarasan dan rancangan tindakan serta koordinasi di semua peringkat dalam Agensi ini.

MOA pada kali ini, sebanyak tujuh pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh wakil Ibu Pejabat dan Maritim Negeri termasuk pembentangan penceramah jemputan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertajuk ‘Arahan MKN No.18: Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan (Semakan Semula 2023).

Mesyuarat operasi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim yang dikoordinasikan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim.

Majlis Penutup Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Dalam ucapan penutup, beliau menzahirkan rasa puas hati dan berbangga dengan semangat serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua ahli mesyuarat dalam menyelesaikan perkara-perkara berbangkit serta tindakan susulan yang telah diambil.

Beliau juga menekankan kepada aspek asas dalam operasi iaitu penambahbaikan sistem dan prosedur operasi yang perlu diperkemas pada setiap masa serta kecekapan untuk memastikan Maritim Malaysia dapat beroperasi dengan lebih efektif walaupun berdepan dengan cabaran dan ancaman yang semakin kompleks. Beliau juga turut menekankan kepentingan pengunaan teknologi kepintaran buatan (AI) dalam membantu keberkesanan operasi Maritim Malaysia.

Datuk Haji Mohd Rosli turut merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua ahli mesyuarat dan warga Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia yang disambut dengan penuh gilang gemilang pada Sabtu lalu di Pulau Pinang.

Dalam majlis yang sama, beliau juga berkesempatan merasmikan Majlis Peluncuran Buku Panduan Latihan dan Kesiagaan Kapal Maritim (PLKK) pagi tadi.

Tujuan mewujudkan Buku PLKK itu adalah bagi memantapkan lagi keberkesanan latihan merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan latihan aset di lapangan di samping menjadi panduan asas bagi memudahkan warga kapal untuk menetapkan tanda aras prestasi latihan, mengenal pasti kelemahan untuk diambil tindakan sewajarnya.

 

MOA 25
 
MOA 25 2
 
MOA 25 4
 
MOA 25 5
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC