PUTRAJAYA, 19 JANUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri sesi ‘media walkabout’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena persiapan Asia International Security Summit & Expo 2025 (AISSE'25).
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini merupakan platform utama untuk mempamerkan teknologi keselamatan, inovasi penguatkuasaan serta perkongsian ilmu dan sebagai satu usaha dalam memastikan keselamatan serantau.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman bagi meninjau persiapan di reruai KDN dan agensi di bawah seliaannya.
AISSE'25 telah menarik penyertaan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan, pakar teknologi, serta pihak industri dari dalam dan luar negara.
Acara ini bertujuan memperkukuh kerjasama keselamatan di peringkat antarabangsa serta meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan teknologi dalam menghadapi ancaman keselamatan global.
Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia mencerminkan komitmen agensi dalam memastikan penganjuran AISSE'25 berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
Pameran ini juga bakal menampilkan pelbagai teknologi keselamatan terkini yang dapat memperkukuhkan lagi aspek keselamatan dan kesejahteraan negara.
AISSE'25 akan berlangsung di PICC selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari 2025 dengan pameran teknologi keselamatan, forum keselamatan antarabangsa, serta sesi perbincangan melibatkan pakar dan pemain industri.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
















.svg.png)

