BATU PAHAT, 17 JANUARI – Zon Maritim Batu Pahat menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Daerah Batu Pahat hari ini yang diketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen, Arvin Lawrence Lampakas selaku Ketua Imigresen Daerah Batu Pahat, Johor.
Kunjungan hormat ini adalah sebagai platform dalam memperkukuhkan lagi kesiap siagaan antara kedua-dua perkhidmatan dalam menangani masalah jenayah khususnya di negeri itu dan saling bertukar pendapat mengenai tugasan kedua-dua jabatan.
Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan kesamaan elemen-elemen jenayah di darat dan kawasan maritim yang berlaku di Johor, khususnya daerah Batu Pahat.
Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal, melalui kunjungan ini diharapkan ia dapat mengukuhkan lagi kerjasama di antara kedua-dua perkhidmatan secara tidak langsung mampu memberikan lebih impak positif dalam melumpuhkan aktiviti jenayah di negeri itu.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) dan Timbalan Pengarah (Siasatan) Zon Maritim Batu Pahat serta pegawai-pegawai JIM Daerah Batu Pahat.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

