window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); TINJAUAN SEMPADAN MALAYSIA – INDONESIA USAHA PERKUKUH KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

TINJAUAN SEMPADAN MALAYSIA – INDONESIA USAHA PERKUKUH KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

TAWAU, 28 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, mewakili Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah menyertai tinjauan keselamatan bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, di beberapa Pos Kawalan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Sebatik baru-baru ini.

Lawatan yang diadakan bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JKPGK) ke-79 Bil.2 Tahun 2024 bertujuan untuk menilai aspek keselamatan di kawasan persempadanan, menyemak keperluan infrastruktur asas bagi pasukan keselamatan, memastikan kesiapsiagaan anggota di lapangan serta menyantuni anggota yang bertugas khususnya di kawasan perbatasan Malaysia-Indonesia.

Terdahulu, sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke Pos PGA Burs Point, Wallace Bay, seterusnya delegasi dibawa menyusuri Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik ke kawasan persempadanan Malaysia-Indonesia dan akhir sekali ke Pos PGA Sungai Melayu.

Turut mengiringi tinjauan ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Encik Hamzah bin Ishak; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi; Pemangku Pengarah JKDNKA PDRM Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Suzrin bin Muhammad Rodhi; serta Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Lawatan ini menggambarkan komitmen pelbagai agensi keselamatan dalam memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara, khususnya di kawasan perbatasan yang sering menghadapi ancaman seperti pencerobohan dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Selain itu lawatan ini diadakan bagi menyemak dan memastikan segala keperluan logistik dan operasi dapat dipenuhi demi menjamin tahap kesiapsiagaan yang optimum.

 

TOK PUL TAWAU
 
TOK PUL TAWAU 3
 
TOK PUL TAWAU 4
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC