08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PERKUKUH PENGAWASAN PERAIRAN, MARITIM MALAYSIA SEDIA TEROKAI TEKNOLOGI AI

PUTRAJAYA, 25 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut baik hasrat Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, yang menggesa setiap jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memahami dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian masing-masing.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, Maritim Malaysia sentiasa proaktif dalam meneroka penggunaan teknologi moden seperti AI sebagai langkah strategik dalam memperkukuh pengawasan keselamatan perairan negara.

Tambah beliau, dengan adanya teknologi AI ini, ia bukan sahaja membantu mengurangkan kebergantungan kepada rondaan fizikal, tetapi juga meningkatkan keberkesanan operasi di kawasan yang sukar dicapai.

“Penggunaan dron atau bot autonomi yang dikawal melalui teknologi AI misalnya, dilihat mampu menjalankan rondaan automatik di kawasan yang luas, mengesan aktiviti mencurigakan, dan menganalisis data masa nyata untuk tindakan pantas,” Beliau berkata demikian melalui Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah disempurnakan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution di sini hari ini.

Pada Kenyataan Media yang sama, Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan Maritim Malaysia kini merancang perolehan radar baharu untuk diletakkan di kawasan strategik seperti perairan Sarawak dan pantai timur Semenanjung.

Penempatan radar ini ujar beliau, akan memperluaskan liputan pengawasan maritim, selain meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

“Radar-radar baharu ini akan disepadukan dengan teknologi AI di bawah sistem Malaysia Coast Guard Maritime Domain Awareness (MCGMDA) di mana ia mampu menganalisis data dengan lebih komprehensif dan responsif,”

“Gabungan teknologi ini diyakini dapat memperkukuh keselamatan serta memastikan keberkesanan penguatkuasaan di perairan Malaysia,” tambah beliau.

Datuk Haji Mohd Rosli dalam pada itu turut berharap usaha yang dilaksanakan Maritim Malaysia mendapat sokongan penuh daripada KDN dalam memastikan pelaksanaan penggunaan teknologi ini dapat diaplikasikan dengan berkesan.

"Penerapan teknologi AI bukan sahaja relevan tetapi juga menjadi keperluan strategik untuk menghadapi cabaran keselamatan maritim pada masa hadapan,"

“Penggunaan teknologi ini juga membolehkan Maritim Malaysia mengoptimumkan sumber manusia dan aset sedia ada, selain memastikan kawalan yang lebih efisien di perairan negara, terutama dalam menangani ancaman seperti penyeludupan, pencerobohan nelayan asing, dan jenayah maritim,” katanya lagi.

Sementara itu Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, pihaknya melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) Maritim Malaysia sentiasa memastikan penyaluran maklumat kepada media untuk operasi yang dijalankan adalah berpandukan kepada Pelan Komunikasi yang telah disusun agar berita yang ingin disampaikan kepada masyarakat terancang dan berfokus.

 

 KDN HIMPUN 2
 
KDN HIMPUN 3
 
KDN HIMPUN 6
 
KDN HIMPUN 4
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC