08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN PROGRAM DUA TAHUN MALAYSIA MADANI

KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai pameran yang diadakan bersempena dengan sambutan Program 2 Tahun Malaysia MADANI yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Pameran diadakan bertujuan menunjukkan pencapaian dan inisiatif kerajaan MADANI dalam tempoh dua tahun pemerintahan selain mempamerkan pencapaian Maritim Malaysia yang diselia di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah turut hadir ke reruai pameran dan bertemu dengan warga Maritim Malaysia bertugas.

Selain senjata api kecil dan laras automatik yang sering diguna dalam penugasan penguatkuasaan di laut, turut tersedia, replika aset Maritim Malaysia yang menjadi aset keselamatan barisan hadapan negara dipamerkan di reruai Kementerian Dalam Negeri.

Salah satu yang menjadi tumpuan ialah kehadiran pasukan khas Maritim Malaysia iaitu Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) yang pakar dalam mengendalikan operasi menyelamat dan penguatkuasaan undang-undang berprofil tinggi di perairan negara.

Dalam acara sama, Perdana Menteri turut merasmikan Program 2 Tahun Malaysia MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menekankan kejayaan kerajaan MADANI memimpin negara sepanjang dua tahun ini merupakan hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta komitmen seluruh perkhidmatan awam.

Dengan penyertaan Maritim Malaysia dalam pameran ini, rakyat diberi peluang untuk lebih memahami peranan penting yang dimainkan oleh agensi keselamatan negara dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Malaysia, serta menilai bagaimana kerajaan komited untuk meneruskan pembangunan dan reformasi perkhidmatan awam di bawah inisiatif Malaysia MADANI.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Timbalan Perdana Menteri II, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar; Ketua Setiausaha KDN; Datuk Awang Alik bin Jeman serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah seliaan KDN.

 

DUA DEKAD 5
 
DUA DEKAD 4
 
DUA DEKAD
 
DUA DEKAD 3
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC