22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

JENAZAH KETUA SKUADRON PHOENIX (AW139) MARITIM MALAYSIA DISEMADIKAN DENGAN PENGHORMATAN TERAKHIR

SENDAYAN, 26 OKTOBER – Pemergian Juruterbang Helikopter Maritim Malaysia yang juga merupakan Ketua Skuadron Phoenix (AW139), Komander Maritim Tengku Zamel bin Tengku Zalwai dirasai warga Maritim Malaysia terutama bagi warga Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) dan Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia.

Tengku Zamel dilapor rebah usai melaksanakan latihan kecergasan melalui aktiviti bola sepak dipercayai akibat serangan jantung sekitar jam 9.36 pagi semalam dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan bantuan ambulans. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.10 pagi.

Jenazah diurus di hospital berkenaan dan kemudian dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Sendayan Indah sebelum disembahyangkan di surau kariah berkenaan di bawah pimpinan Kepten Maritim Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam hadir memberi penghormatan terakhir bersama-sama rakan seperjuangan Allahyarham dengan penuh Istiadat.

Datuk Haji Mohd Rosli kemudian menyerahkan sendiri Ensignia Maritim Malaysia kepada Isteri Allahyarham, Nor Shahida Abdul Razak, 39, sebagai tanda penghargaan dan penghormatan Maritim Malaysia di atas segala khidmat bakti yang telah diberikan Allahyarham selama berkhidmat bersama Maritim Malaysia dan Kerajaan.

Tengku Zamel sebelum ini terlibat dengan pelbagai misi operasi berprofil tinggi dengan menerbangkan pesawat AW139. Antara operasi yang dikendalikan beliau ialah Penerbangan Misi Bantuan Kemanusiaan Ops Murni Bah Kuning, Pencarian Pesawat MH370, Pencarian Kapal Orkim Harmoni, Penerbangan Misi Khas Zone Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone), Op Benteng, Op Jangkar Haram dan pelbagai lagi misi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di Zon Maritim Malaysia.

Allahyarham Komander Maritim Tengku Zamel, 43, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jimah Baru, Sendayan tepat jam 10.30 malam tadi dengan meninggalkan tiga anak berusia 14, 11 dan 6 tahun.

Maritim Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah.

 

JENAZAH
 
JENAZAH 2
 
JENAZAH 3
 
JENAZAH 6
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC