22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

KM GAGAH BAKAL PERKUKUHKAN PENGOPERASIAN MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 11 September – Setelah menjalani Repowering Jentera Utama dan Refit selama 20 bulan, Kapal Maritim (KM) GAGAH milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diserahkan kepada Agensi ini dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Limbungan, UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Kepten Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin berkata, kejayaan projek perolehan Repowering Jentera Utama dan Refit ini dijalankan oleh UniKL Resources Sdn. Bhd. untuk Maritim Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) dan Glide Marine Sdn. Bhd. Adalah menunjukkan keprihatinan Menterinya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dalam memastikan aset Maritim Malaysia sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersiap sedia menjaga keselamatan perairan negara.

Ujar Kepten Maritim Mohd Rizal, kerja-kerja penyelenggaraan KM GAGAH telah menggunakan tenaga pakar dari UniKL MIMET dan tenaga mahir tempatan dari pemain industri selain projek ini turut dipantau oleh Ship Classification Malaysia (SCM) yang memastikan kerja-kerja dilakukan mengikut piawaian antarabangsa.

Katanya lagi, projek ini juga telah membuka peluang kepada 117 orang mahasiswa UniKL MIMET untuk mempelajari dan memahami kaedah sesuatu projek bertaraf industri sebenar, dilaksanakan melalui konsep Teaching Factory. Ini memberikan mereka pendedahan secara langsung kepada proses dan teknologi yang digunakan dalam penyelenggaraan kapal.


Selain itu, seramai Sembilan orang protégé dari alumni UniKL MIMET turut terlibat di dalam projek ini.

Jelas beliau, dengan adanya KM GAGAH yang akan kembali beroperasi, ia sekaligus akan membantu Maritim Malaysia memperkukuhkan lagi pengoperasian Agensi ini seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di perairan negeri Perak sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan KM GAGAH Bagi Perolehan Repowering Jentera Utama Dan Refit Maritim Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah MARA Negeri Perak, Prof. Ir. Dr. Azmi bin Hassan, Timbalan Presiden Jaringan Antarabangsa, Industri & Institusi, Universiti Kuala Lumpur, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Ketua Cawangan Pengurusan Projek, Bahagian Pembangunan, Encik Anuar bin Berahim, Pengurus Besar, UniKL Resources Sdn. Bhd., Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Prof. Madya Ts. Komander (B) Dr. Aminuddin bin Md Arof, Dekan, UniKL Institute of Marine Engineering Technology dan Leftenan Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi bin Mohd Zin, Pegawai Memerintah KM GAGAH.

Dalam pada itu, Pengurus Besar UniKL Resources Sdn. Bhd, Encik Anuar bin Berahim memaklumkan, KM GAGAH telah siap dibaik pulih sepenuhnya di limbungan UniKL MIMET pada 10 September lalu dan telah melalui fasa Harbour Acceptance Trial (HAT) pada 23 Ogos 2024 serta Sea Acceptance Trial (SAT) pada 28 Ogos 2024 yang lalu di Selat Melaka.

Beliau juga berkata, KM GAGAH kini berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu tujuh hari tanpa ulang bekal serta mampu mencapai kelajuan sehingga 21.7 knot.

Beliau berharap KM GAGAH akan mampu memberikan outcome dan nilai pulangan pelaburan (ROI) kepada kerajaan melalui penguatkuasaan yang bakal dijalankan kelak selain mampu mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan yang berlaku di kawasan perairan negara khususnya di Selat Melaka.

Berukuran 39.5 meter panjang, 7 meter lebar dan 221 tan berat mempunyai kapasiti kru seramai 27 orang, kapal peronda ini turut dilengkapi dengan sebuah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) serta didatangkan bersama radar i-band bagi memastikan pemantauan secara meluas dapat dilaksanakan di perairan negara.

 

WhatsApp Image 2024 09 11 at 4.59.13 PM 2
 
WhatsApp Image 2024 09 11 at 4.59.14 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 09 11 at 4.59.18 PM
 
WhatsApp Image 2024 09 11 at 5.15.12 PM 1

.

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC