11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

24 PEGAWAI TERIMA KENAIKAN PANGKAT, 37 ANGGOTA TERIMA REBEN PENGHARGAAN KHAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 10 SEPTEMBER – Seramai 24 orang pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kenaikan pangkat melibatkan 12 orang pegawai ke pangkat Leftenan Komander Maritim gred T18 dan selebihnya ke pangkat Leftenan Maritim gred T16 daripada Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di Ibu Pejabat Maritim Malaysia pada pagi tadi.

Datuk Saiful Lizan berkata, majlis ini diadakan bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Jelas beliau lagi, kenaikan pangkat ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi ia juga datang bersama tanggungjawab dan amanah lebih besar yang harus dipikul oleh mereka.

"Setiap pangkat yang disarungkan adalah simbol kepercayaan dan tanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

Saya berharap setiap pegawai akan terus berusaha mempertingkatkan kemahiran dan ilmu untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim di sini hari ini.

Turut hadir sama Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Hj Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Datuk Saiful turut memaklumkan, Majlis Pemakaian Pangkat pada kali ini hanya melibatkan pegawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia sahaja dan ia telah dilaksanakan secara serentak di peringkat Pejabat Maritim Negeri masing-masing.

Selain pemakaian pangkat, pada majlis yang sama seramai 37 orang anggota Maritim Malaysia telah diperakukan untuk menerima Reben Penghargaan Khas Ketua Pengarah (R.K.P) sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang telah diberikan mereka dalam Maritim Malaysia.

 

PANGKAT PEGAWAI 2
 
PANGKAT PEGAWAI 3
 
PANGKAT PEGAWAI 4
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC