KAJANG, 8 SEPTEMBER – Maritim Negeri Selangor telah menyertai Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Piala Pengarah JPJ Negeri Selangor 2024 yang diadakan di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang pada 7 September (Jumaat).
Majlis disempurnakan oleh YBrs. Tuan Azrin bin Borhan, Pengarah JPJ Negeri Selangor.
Maritim Negeri Selangor telah menghantar satu tim menembak yang diketuai oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh serta dianggotai oleh Bintara Muda Maritim Mohd Azian bin Md Isa, Laskar Kanan Maritim Nur Fatihah Asyiqin Raymond Abdullah dan Laskar Kanan Maritim Muhamad Nizam bin Arshad.
UKM ini telah disertai sebanyak 19 agensi iaitu JPJ Negeri Selangor, Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, Jabatan Imigresen Selangor, AADK Selangor, KPDN Selangor, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Maktab Penjara Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor, Maktab Penjara Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam UKM kali ini iaitu Center Fire 20 meter (12 butir), Rapid Fire 15 meter (10 butir) dan Jatuh Piring 20 meter. Tiga kategori yang sama juga turut dipertandingkan bagi kategori VIP.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada tim menembak Maritim Negeri Selangor kerana menjadi Naib Juara bagi kategori Jatuh Piring 20 meter berkumpulan yang disertai 24 tim yang lain.
Bagi kategori VIP, Kepten Maritim Abdul Muhaimin telah menjuarai kategori Jatuh Piring 20 meter serta Naib Juara Individu bagi kategori Center Fire 20 meter dan Rapid Fire 15 meter.
Juara Keseluruhan dimenangi oleh tim JKDM COBRA yang membawa pulang Piala Pusingan Pengarah JPJ Negeri Selangor.
Untuk rekod, UKM Piala Pengarah JPJ Selangor telah memasuki tahun ke-3 penganjuran sejak diperkenalkan pada 2022.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara agensi dan jabatan di Negeri Selangor selain menjadi platform meningkatkan kemahiran menembak dalam kalangan pegawai dan anggota beruniform pelbagai perkhidmatan.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

