22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM, MARITIM MALAYSIA KOMITED LAKSANA TUGAS DENGAN LEBIH CEKAP

PUTRAJAYA, 16 OGOS – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, menyambut baik inti pati ucapan YAB PerdanaMenteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai reformasi perkhidmatan awam yang diumumkan di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 ‘Perkhidmatan Awam Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Datuk Saiful Lizan menjelaskan bahawa reformasi perkhidmatan awam yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri amat relevan dan penting bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan mempunyai daya saing dan berkualiti tinggi.

Beliau turut menegaskan bahawa warga Maritim Malaysia akan memberi sokongan penuh terhadap usaha-usaha reformasi ini dan komited untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan.

Mengulas mengenai aspek pertama yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri, iaitu peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, Datuk Saiful menekankan bahawa Maritim Malaysia akan terus memfokuskan kepada penambahbaikan sistem operasi dan proses kerja.

Beliau juga menegaskan bahawa Maritim Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan sumber daya manusia yang dimiliki adalah berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang semakin kompleks dalam bidang keselamatan maritim.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia selepas menghadiri MAPPA ke-19 hari ini.

Turut hadir Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam Mustapa serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan Maritim Malaysia telah memastikan pegawai dan anggotanya bersedia dengan teknologi terkini dan landskap aktiviti jenayah yang semakin kompleks seiring dengan perubahan zaman.

Perkara ini jelas beliau seiring dengan apa yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan.

Mengulas lanjut berkenaan meningkatkan daya saing negara sebagaimana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri, beliau menyatakan Maritim Malaysia akan terus berusaha memastikan perairan negara sentiasa selamat untuk aktiviti ekonomi dan perdagangan khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Beliau terdahulu menyeru seluruh warga Maritim Malaysia untuk terus berusaha dengan gigih dan memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan khususnya selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuatkuasa bermula 1 Disember nanti.

Justeru beliau berharap seluruh warga Maritim Malaysia bertekad memberikan perkhidmatan yang terbaik memandangkan SSPA berteraskan prestasi di mana ganjaran akan diberikan kepada pegawai dan anggota yang menunjukan prestasi dan tata kelakuan sebagai penjawat awam yang berkualiti.

 

MAPPA PUTRAJAYA
 
MAPPA PUTRAJAYA 3
 
MAPPA PUTRAJAYA 4
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC