KUALA LUMPUR, 14 OGOS – Maritim Malaysia menghadiri sesi dialog 2nd Seminar on ASEAN-ROK Maritime Cooperation : Advancing Dialogue on Maritime Law Enforcement in the Indo-Pacific anjuran Maritime Institute of Malaysia (MIMA) di ibu negara, pagi tadi.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim hadir menyempurnakan majlis dengan memberikan ucapan pembukaan pada sesi perasmian.
Menerusi ucapannya, beliau memaklumkan, peningkatan kerjasama antara negara dalam ASEAN merupakan elemen penting dalam mengukuhan penguatkuasaan undang-undang daripada menerima ancaman maritim.
Tambahnya, sebagai agensi penguat kuasa barisan hadapan, adalah menjadi tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan pemeliharaan keamanan di perairan dengan mengekalkan kehadiran aset laut sekurang-kurangnya sebanyak 45 kapal setiap hari merentasi Zon Maritim Malaysia untuk mengawasi perairan daripada semasa ke semasa.
Hadir sama ialah Duta Republik Korea ke Malaysia, Mr. Yeo Seung-Bae; Ketua Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang Antarabangsa, Mr. Hwang Jun-Shik ; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Malaysia, Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib serta beberapa lagi tetamu kehormat dan ahli lembaga MIMA.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

