PUTRAJAYA, 12 OGOS – Seramai 13 orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia menerima pemangkuan pangkat Komander Maritim Gred T20 dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan diiringi sama oleh pasangan-pasangan penerima pangkat.
Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat Komander Maritim Gred T20 ialah Leftenan Komander Maritim Charles Borromeo Gopog, diikuti dengan Leftenan Komander Maritim Muhmmad Rezal bin Kamal, Leftenan Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal, Leftenan Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman dan Leftenan Komander Maritim Muzafira binti Mukholit.
Penerima seterusnya ialah Leftenan Komander Maritim Mohd Khairul Azhar bin Ishak, Leftenan Komander Maritim Hilmi bin Abdullah, Leftenan Komander Maritim Zamri bin Rosdi, Leftenan Komander Maritim Mohd Fairusnizam bin Abdul Razak, Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Mohamad, Leftenan Komander Maritim Amir Ai’zzuddin bin Tajuddin, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali dan Leftenan Komander Maritim Mohd Fazulli bin Mansor.
Turut bersama ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Hj Mohd Rosli bin Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Kepten Kehormat Maritim Tuan Mohd Norzam bin Mustapa serta pengarah-pengarah bahagian Maritim Malaysia.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

