PUTRAJAYA, 5 OGOS – Kerjasama erat di antara negara Jepun dan Malaysia telah dizahirkan dalam aspek keselamatan dan kawalan (sekuriti) maritim melalui hubungan strategik yang terjalin di antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara.
Maritim Malaysia dan Japan Coast Guard sekali lagi menzahirkan manifestasi itu menerusi kunjungan hormat delegasi Japan International Cooperation Agency (JICA) yang diketuai oleh Mr. Tanaka Hiroo yang juga merupakan Ketua Pengarah, Infrastructure Management Department JICA ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya hari ini.
Delegasi disambut oleh Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman yang mewakilkan Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Operasi Udara, Kepten Maritim Mohammad Al-Amin bin Hashim dan Ketua Cawangan Latihan Bahagian Sumber Manusia, Encik Amirul Asyraf bin Ismail.
Kunjungan hormat diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan platform bertukar-tukar pandangan bagi meneruskan kerjasama dalam bidang latihan dan perkongsian teknologi di samping melawat ke Pusat Operasi Maritim (POMAR) dan Maritime Rescue Coordinating Center (MRCC).
Untuk rekod, kunjungan ini merupakan lawatan lapan hari delegasi JICA ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan, dan Kapal Maritim (KM) PEKAN.
Terdahulu pada 13 Julai lalu, MRCC Putrajaya di bawah seliaan Maritim Malaysia dan Japan Coast Guard (JCG) telah mengadakan Search and Rescue Communication Exercise (SARCOMEX) susulan pelayaran pulang Kapal Latihan KOJIMA JCG dari Singapura ke Jepun.
Signifikan SARCOMEX yang dikoordinasikan oleh JICA itu adalah bertujuan untuk memastikan wujudnya persefahaman dalam pengoperasian CARILAMAT terutamanya dalam aspek komunikasi ketika berhadapan sebarang insiden kecemasan di laut.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

