KUANTAN, 29 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama The U.S. Bureau of International Narcotics and Law Enforcement Affairs (INL) dan United States Coast Guard (USCG) menganjurkan secara bersama Boarding Officer Course – Instructor Development Course yang berlangsung di dua lokasi iaitu salah sebuah hotel di Kuantan dan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dari 29 Julai sehingga 9 Ogos 2024.
Kursus yang dianjurkan buat julung kalinya ini, disertai oleh 22 peserta dan 15 jurulatih dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai perintis bagi mewujudkan South East Asia Training Team (SEATT) bagi melahirkan lebih ramai pegawai yang kompeten dalam Maritime Law Enforcement (MLE) di Asia Tenggara.
Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme penguatkuasaan undang-undang maritim di rantau ini.
Dalam kursus ini juga, para peserta berpeluang untuk mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek penguatkuasaan maritim dari perspektif global secara teori dan praktikal di atas kapal.
Kehadiran jurulatih dari USCG dan pihak INL dalam kursus ini memberikan dimensi baharu dalam proses pembelajaran di samping menjadi platform kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing.
Penglibatan tenaga pengajar dalam pelbagai kepakaran dari agensi antarabangsa pula dilihat menjadi nilai tambah kepada para peserta kursusnya dalam menghadapi situasi dunia yang semakin mencabar dan memberi pendekatan berbeza, sekaligus memperkayakan pengalaman.
Diharapkan, Boarding Officer Course - Instructor Development Course ini dapat memberi impak positif bagi meningkatkan kecekapan khususnya anggota penguat kuasa di negara ini dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang maritim di rantau Asia Tenggara secara amnya.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

