11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT DAN PENUTUPAN KEM TAHUNAN PENGUKUHAN PASKAM UMPSA

KUANTAN, 25 JULAI – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj. Mazlan bin Mat Rejab telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kem Tahunan Pengukuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Siri 1/2023 dan Penganugerahan Pangkat Kehormat APMM kepada tiga pegawai pengurusan UMPSA pada 13 Julai lalu.

Kem pengukuhan ini disertai seramai 41 orang Kadet PASKAM UMPSA di bawah selian Maritim Negeri Pahang dan Cawangan PSMM dan PASKAM Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya serta Pengurusan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Kadet PASKAM UMPSA telah berjaya menjalani modul latihan selama 12 hari di AMSAS dengan jayanya.

Penganugerahan Pangkat Kehormat APMM pula, merupakan simbolik terhadap kerjasama yang terjalin di antara pengurusan Maritim Malaysia dan UMPSA.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj. Mazlan bin Mat Rejab berkata, anugerah ini merupakan satu penghargaan kepada pihak pengurusan UMPSA dalam membantu Maritim Malaysia menguruskan Kadet PASKAM universiti berkenaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Komandan AMSAS, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah, barisan pegawai dan anggota dari Cawangan PSMM dan PASKAM ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritim Negeri Pahang dan AMSAS.

Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dan diperluaskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut universiti awam memilih kerjaya sebagai pegawai Maritim Malaysia selain memupuk disiplin dalam pembentukan modal insan menerusi aktiviti Ko-Kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi.

 

UMPSA PASKAM 2
 
UMPSA PASKAM 3
 
UMPSA PASKAM 5
 
UMPSA PASKAM 6
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC