22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

PREVENTIVE SAR AND SAFETY INSPECTION LANGKAH KESELAMATAN LABUAN INTERNATIONAL SEA CHALLENGE

LABUAN, 23 APRIL – Satu pasukan terdiri daripada tujuh pegawai dan pegawai lain-lain pangkat (LLP) Zon Maritim Labuan telah melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap 16 bot nelayan tempatan yang akan terlibat dalam pertandingan memancing laut sempena Daiwa Deep Sea Challenge, Labuan International Sea Challenge (LISC) di Jeti Marina Labuan petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Izwanhadi bin Idros berkata, pertandingan yang berlangsung pada 23 hingga 28 April itu berlangsung di perairan Laut Cina Selatan merupakan acara pertandingan memancing tahunan di Labuan bersempena LISC.

Zon Maritim Labuan dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras untuk merancang serta mengkoordinasikan segala sumber manusia, aset-aset laut dari pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan serta komuniti maritim yang terlibat dalam memastikan tahap keselamatan di laut ketika pertandingan diutamakan.

Di samping itu jelas Izwanhadi, Zon Maritim Labuan juga dipertanggungjawabkan bagi menyelaras tindakan bantuan kecemasan yang pantas sekiranya berlaku sebarang kemalangan di laut sewaktu penganjuran pertandingan berlangsung.

Pemeriksaan keselamatan yang telah dijalankan merangkumi aspek teknikal seperti pemeriksaan bilik enjin, tangki minyak tambahan, bilges, buku log minyak, generator kapal, tali menali, jaket keselamatan, life buoy serta alat pemadam api kecil (APAK).

Pemeriksaan navigasi dan komunikasi juga dijalankan antara bot-bot nelayan merapat di Jeti Marina Labuan bagi memastikan alatan berfungsi sepenuhnya sebelum keluar ke laut.

Pada masa sama, pemeriksaan nama dan dokumen peserta pertandingan seramai 184 orang yang terdiri daripada warga tempatan dan antarabangsa seperti Hong Kong, Brunei, Singapura, Filipina, Thailand, China dan Indonesia juga telah dijalankan bagi mendapatkan info yang tepat jika berlaku sebarang insiden di laut.

Zon Maritim Labuan turut mengatur gerak 'Ground Support Team' bagi tujuan pengawasan serta mengkoordinasikan bantuan yang diperlukan terhadap aset-aset bot semasa pertandingan yang melibatkan aktiviti di persisiran pantai dan perairan.

Turut libat sama dalam program ini ialah Jabatan / Agensi penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Laut, Jabatan Perikanan (DOF), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan Hospital Labuan.

 

PREVENTIVE SAR   PREVENTIVE SAR 3   PREVENTIVE SAR 4   PREVENTIVE SAR 7
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC