TAWAU, 2 APRIL – Ketua Pengarah Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Zon Maritim Tawau bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Bingkisan Raya sempena pelancaran OPS KHAS PAGAR LAUT 1/2024 di perkarangan pejabat Zon Maritim Tawau baru-baru ini.
Datuk Hamid dalam ucapannya berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh warga Zon Maritim Tawau dalam menjalankan pengoperasian bagi mengekang pelanggaran undang-undang di laut khususnya di pantai timur Sabah dengan berjaya merekodkan statistik tangkapan yang tinggi pada suku tahun pertama 2024.
Dalam majlis itu juga, Datuk Hamid turut berkesempatan menyampaikan bingkisan Aidilfitri kepada warga Zon Maritim Tawau yang bertugas sepanjang Aidilfitri serta turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada 12 wakil penerima yang cemerlang dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.
Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, Zon Maritim Tawau turut menjalankan beberapa program lain seperti Program Kacau Bubur Lambuk, Santun Ramadan, Program Tadarus Al Quran, Penyampaian Bakul Makanan, Ceramah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan kesemua warga zon dalam mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.
Pada sesi lawatan berkenaan Datuk Hamid turut meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama warga zon dengan diiringi Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.
Terdahulu lawatan kerja Datuk Hamid dimulai dengan lawatan kerja ke tapak projek pejabat dan kuarters Zon Maritim Semporna serta lawatan ke limbungan MRI Technology.
Seterusnya sesi diteruskan dengan lawatan ke tapak cadangan bangunan pejabat baru Zon Maritim Tawau dan limbungan Tawau Shipyard bagi memantau status projek dan kerja-kerja penyelenggaraan aset-aset Maritim Malaysia.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

