PUTRAJAYA, 8 Mac – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan petang tadi di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.
Dalam majlis itu empat pengarah bahagian dan seorang Pengarah Maritim Negeri telah menerima dan menyerahkan tugas dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Majlis dimulakan dengan Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) di mana Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony telah menyerahkan tugas kepada Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Seterusnya untuk Bahagian Perisikan (MIND), serah tugas telah diadakan di antara Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus menerima tugas dari Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas Pengarah Bahagian Pembangunan di antara Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly menyerahkan tugas kepada Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.
Sebagai makluman, Laksamana Pertama Zulinda mengambil alih tugas sebagai Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB).
Seterusnya, majlis penyerahan tugas Pengarah BCLBB berlangsung di antara Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dengan Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly.
Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas Pengarah Bahagian Kejuruteraan oleh Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab kepada Laksamana Pertama Maritim Hamizan.
Untuk makluman Laksamana Pertama Maritim Mazlan dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pengarah bahagian dan Pengarah Maritim Negeri yang baharu dilantik.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

