22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

STESEN UDARA MARITIM MALAYSIA – KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PASKAU TUDM

SUBANG, 16 Februari – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) menerima Kunjungan Hormat delegasi Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah PASKAU Kolonel Muhammad Mustafa bin Omar TUDM bersama pegawai-pegawai kanan dari Markas Pemerintah Operasi Udara dan Markas Rejimen TUDM.

Delegasi disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam Bin Shahajam bersama Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal Bin Ridzuan dan pegawai-pegawai kanan dari SUMS.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kerjasama taktikal terutamanya dalam operasi menyelamat maritim yang melibatkan elemen Rescue Specialist (RS).

Selain kolaberasi operasi menyelamat maritim di antara PASKAU dan APMM terutamanya dalam bidang Rescue Specialist serta perkongsian dan persefahaman berkaitan taktik, teknik dan prosedur (TTP) menyelamat di permukaan air.

Juga disentuh dalam pertemuan itu mengenai usaha merangka Standard Operating Procedures (SOP) bersama, merancang latihan bersepadu yang bertujuan bagi meningkatkan keupayaan kedua-dua pasukan serta memastikan operasi menyelamat maritim dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisen.

 

PASKAU KE SUMS   PASKAU KE SUMS 3   PASKAU KE SUMS 5
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC