PUTRAJAYA, 19 Januari – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.
Seramai 27 pegawai telah menerima pangkat masing-masing termasuk tiga orang pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Hj. Mohd Amin yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa.
Dalam majlis itu seramai 24 pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) terlibat iaitu terdiri daripada 16 orang Leftenan Madya Maritim yang menerima pemangkuan Leftenan Maritim manakala lapan orang Bintara Kanan menerima pemangkuan Pegawai Waran II Maritim.
Antara senarai penerima pemangkuan pangkat Leftenan Maritim Gred T16 ialah Leftenan Madya Maritim Teknologis Muhammad Syahmi bin Mohd Rohani, Leftenan Madya Maritim Ahmad Asyraf bin Abu Mansor, Leftenan Madya Maritim Rezzal bin Muhammad Hazmi, Leftenan Madya Maritim Mohamad Solahudin nin Halidin, Leftenan Madya Maritim Teknologis Razis bin Yunus, Leftenan Madya Maritim Mohammad Ridwan bin Mohd Shafie dan Leftenan Madya Maritim Mohd Nor bin Abd Rashid.
Selain itu, Leftenan Madya Maritim Muhammad Firdaus bin Daud, Leftenan Madya Maritim Mohd Faiq bin Mohd Noor, Leftenan Madya Maritim Zul Zhafri bin Roslan, Leftenan Madya Maritim Fakhrudin bin Mohd Khalid, Leftenan Madya Maritim Mohd Zainuddin bin Meh, Leftenan Madya Maritim Mohammad Hanif bin Abdul Rahman, Leftenan Madya Maritim Wan Mohd Farhan Firdaus bin Mokhtar, Leftenan Madya Maritim Mohd Khairun Azri bin Kamaruddin dan Leftenan Madya Maritim Mohamaf Zul Hazizie bin Ab. Shukor.
Penerima pangkat Pegawai Waran II Maritim, gred T10 didahului oleh Bintara Kanan Maritim Salmi bin Keling, Bintara Kanan Maritim Roslee bin Abd Hani, Bintara Kanan Maritim Yusri bin Md Yusoff, Bintara Kanan Maritim Zamri bin Ahmad, Bintara Kanan Maritim Azlan bin Mohamed Yahya, Bintara Kanan Maritim Noorain bin Mohammad Rahim, Bintara Kanan Maritim Nazarudin bin Ali dan Bintara Kanan Maritim Nazarudin bin Ali.
Pemakaian pangkat Leftenan Maritim Kehormat dan Leftenan Madya Maritim Kehormat juga diberikan kepada tiga orang pegawai dan pensyarah dari UMT, iaitu Borhanuddin bin Mohd Yusof @ Mohamed, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar UMT; Profesor Madya Teknologis Dr. Ahmad Faizal bin Ahmad Fuad, Pensyarah Kanan Ketua Jabatan Badan Beruniform UMT dan Pegawai Laut Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan UMT, Mohamad Zahiruddin bin Mohammad Arif.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

