KUALA PERLIS, 23 November – Hubungan erat yang terjalin sekian lama antara Maritim Malaysia melalui Zon Maritim Kuala Perlis dengan komuniti maritim merupakan rahsia utama kepada kejayaan operasi yang dilaksanakan dalam mengekang aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan perairan negeri itu.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain, Program Sahabat Maritim merupakan platform terbaik dalam menjalinkan hubungan silaturahim antara agensi dan komuniti nelayan.
Selain dapat mempromosikan fungsi dan peranan Maritim Malaysia kepada komuniti setempat sekaligus meletakkan kepercayaan terhadap agensi dalam menjaga keselamatan Zon Maritim Malaysia, program ini juga menjadi platform mendengar aduan dan bertukar maklumat berkaitan aktiviti yang sedang berlaku di kawasan tersebut.
Baru-baru ini, Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Program Sahabat Maritim 2023 di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis yang dihadiri oleh komuniti nelayan setempat.
Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis dan Taklimat Keselamatan di Laut oleh Pegawai Staf Operasi (C3i), Leftenan Madya Maritim Mohamad Imran bin Hamedin.
Majlis diteruskan dengan sesi dialog membincangkan isu-isu nelayan di laut serta kebimbangan komuniti maritim dalam kes penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan usaha kumpulan tertentu untuk memasuki Malaysia melalui perairan negara secara haram yang tular baru-baru ini serta aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia.
Di akhir program, majlis turut diserikan dengan edaran bantuan bakul makanan kepada komuniti nelayan yang hadir.
Program Sahabat Maritim ini diharapkan akan diteruskan serta dipertingkatkan agar hubungan baik antara penguat kuasa Maritim Malaysia dan masyarakat terus terjalin erat.
Sekiranya terdapat sebarang sebarang aktiviti yang mencurigakan dan jenayah maritim atau kecemasan di laut orang ramai diminta untuk terus menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 / 04-9851162 untuk maklum balas segera.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

