22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

10 PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DINAIKKAN KE PANGKAT KEPTEN

PUTRAJAYA, 21 November – Seramai 10 pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kenaikan pangkat daripada Komander Maritim kepada Kepten Maritim gred T22 hari ini.

Satu majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Masing-masing pegawai yang menerima kenaikan pangkat berkenaan akan mengisi kekosongan jawatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan zon maritim. Antaranya ialah Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, daripada Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), akan mengisi jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Selangor.

Daripada 10 orang pegawai berkenaan, dua daripadanya merupakan penerbang iaitu Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan yang merupakan Ketua Skuadron Helikopter AW139, Stesen Udara Maritim Subang akan ditempatkan mengisi jawatan sebagai Ketua Stesen Udara Maritim Subang.

Manakala seorang lagi penerbang, Kepten Maritim Mohammad Al-Amin bin Hashim daripada Seksyen Rancang Operasi, Cawangan Operasi, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan Dasar Perancangan dan Penerbangan, Bahagian Operasi Udara, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Sempena kenaikan pangkat ini juga, dua daripada pegawai berkenaan akan ditempatkan sebagai Pengarah Zon Maritim iaitu Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan (Bintulu) dan Kepten Maritim Izwanhadi bin Idros (Labuan)

Lima lagi pegawai penguat kuasa maritim yang menerima kenaikan pangkat ialah Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar daripada Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Ibu Pejabat ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Pegawai berikutnya adalah Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim daripada Cawangan Jenayah Komersial dan Alam Sekitar, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, akan mengisi jawatan sebagai Ketua, Cawangan CARILAMAT, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Manakala Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Komander Pasukan STAR Team, dinaikkan pangkat dan ditempatkan di jawatan yang sama.

Selain itu Kepten Maritim Razali bin Kasim, Ketua Cawangan PSMM dan PASKAM, Bahagian Sumber Manusia akan bertugas di Cawangan Operasi Risik, Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan C4ISR, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.56.55 PM   WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.56.56 PM 2   WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.57.01 PM 2   WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.57.04 PM 2
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC