KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Program KDN MADANI @ Bandar Tun Razak yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya menarik kehadiran lebih 2 ribu orang pengunjung ke Kompleks Sukan Bandar Tun Razak bermula seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang di sini hari ini.
Program itu diadakan bertujuan mendekatkan lagi masyarakat dengan KDN, jabatan dan agensi dibawahnya serta mengukuhkan kepercayaan kepada negara terhadap dasar ketelusan kementerian.
Memeriahkan lagi program, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di reruai agensi seperti Virtual Reality (VR), pameran replika model aset laut dan udara serta penerangan mengenai tugas operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) oleh Leftenan Madya Maritim Rezzal bin Muhamad Hazmi dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Ibu pejabat.
Selain Maritim Malaysia, pameran perkhidmatan ini turut disertai jabatan dan agensi di bawah KDN yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia (Penjara), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Terdahulu, majlis diserikan dengan ketibaan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.
Turut hadir Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.
Manakala Maritim Malaysia diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarah, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Khairul Azman Banian bin Abdullah.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
















.svg.png)

