KUANTAN, 26 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) amat mengambil berat tentang tahap kecergasan, kesihatan dan kesegakan warga terutama kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang mempunyai peranan serta tanggungjawab kepada tugas teras agensi iaitu penguatkuasaan undang-undang serta mencari dan menyelamat di laut. Atas sebab itu, Program 3K (Kecergasan, Kesihatan, Kesegakan) telah diadakan bermula 22 hingga 26 September 2023 dan acara kemuncaknya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang hari ini.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, “keberhasilan penganjuran Program 3K anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) ini dapat dilihat apabila kesemua atlet dan kontinjen yang terlibat rata-ratanya menunjukkan semangat perpaduan yang jitu di samping bersaing secara sihat bagi mendapatkan kedudukan teratas.”
Persaingan dalam sukan ini boleh dijadikan satu gambaran jelas kepada komitmen pelaksanaan tugas teras Maritim Malaysia. Kita perlu fokus, sentiasa bersedia dan terus bersemangat dalam menguatkuasakan undang-undang persekutuan serta perlu memberi keutamaan kepada aktiviti mencari dan menyelamat di laut. Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan acara penutup Program 3K Maritim Malaysia 2023.
Menerusi Program 3K APMM pada tahun ini, sebanyak 12 acara sukan dipertandingkan melibatkan penyertaan seramai 500 peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada enam kontinjen iaitu Kontinjen Ibu Pejabat, Wilayah Utara (WILUTA), Wilayah Selatan (WILSEL), Wilayah Sarawak (WILSAR), Wilayah Sabah (WILSAB) dan Akademi Mengakhiri kejohanan pada tahun ini ialah acara perlawanan akhir bola sepak yang menyaksikan persaingan sengit antara WILSAR dan WILSAB yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan WILSAR berjaya meraih sementara WILSAB ditempat kedua.
Kontinjen yang berjaya mencuri perhatian dalam kejohan kali ini ialah Kontinjen WILTIM (A-TIM) yang berjaya mengutip mata terbanyak iaitu 56 menerusi pelbagai acara yang dipertandingkan seterusnya meletakkan WILTIM (A-Tim) sebagai Johan Keseluruhan kejohanan kali ini. Tempat Kedua ialah WILSAB dengan kutipan mata 53 manakala tempat ketiga WILSEL dengan kutipan mata 42.
Maritim Malaysia turut berhasrat untuk menjadikan pentas sukan sebagai satu mekanisma baharu untuk mengangkat imej Agensi ini dan merancang untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bersama dengan pasukan keselamatan yang lain. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan memberi galakan kepada warga untuk terus bersaing secara sihat dalam acara sukan hingga ke peringkat lebih tinggi.
Maritim Malaysia juga konsisten dalam memberi galakan kepada seluruh warga dalam melaksanakan apa sahaja perkara yang mendatangkan impak positif bukan sahaja kepada Agensi namun kepada Negara misalnya seperti Laskar Kanan Maritim Zairul Khalil Tan yang telah terpilih sebagai Penolong Pengadil Bola Sepak bagi kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar.
Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim juga memberi harapan agar ramai lagi warga Maritim Malaysia menonjolkan bakat masing-masing dalam bidang sukan pada masa hadapan dan tahun 2023 ini dapat dijadikan sebagai pentas permulaan.
Kali terakhir kejohanan besar seumpama ini dianjurkan KESMAR ialah pada November 2019. Antara acara sukan yang dipertandingkan kali ini ialah Menembak, Dart, Bola Tampar, Badminton, Sepak Takraw, Bola Jaring, Ping Pong, Futsal, Golf dan Bola Sepak.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

