KUANTAN, 22 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang telah menyertai pameran sempena program Pesta Air Nasional@ Kuantan 2023 pada 18 hingga 20 Ogos 2023 yang diadakan di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.
Pengisian pameran adalah merangkumi informasi menerusi model Corpass Sarsat, beberapa replika kapal dan bot maritim serta model pakaian anggota antaranya Juruterbang Maritim, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan Perenang Penyelamat (Rescue Swimmer).
Kemeriahan program terlihat jelas setelah setiap ruang khemah dipenuhi dengan pengunjung yang hadir dan mereka juga dapat merasai pengalaman sebenar melalui Virtual Reality (VR) iaitu aksi anggota STAR Team menjalankan operasi taktikal dan operasi mencari dan menyelamat antara tarikan dan gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan fungsi dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan negara.
Program tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang turut meluangkan masa ke pameran Maritim Malaysia.
Selain Maritim Malaysia, pameran turut disertai Jabatan Warisan Negara, Tourism Malaysia Pahang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Polis Gerakan Marin (PGM), Kraftangan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Seni Negara, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

