SANDAKAN, 18 Ogos – Hari kedua lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Madya (M) Hamid bin Haji Mohd Amin ke Sandakan diteruskan pada hari ini dengan merasmikan Surau Al-Insan yang dibina di dalam bangunan Pejabat Zon Maritim Sandakan.
Pembinaan Surau Al-Insan ini adalah hasil inspirasi warga Zon Maritim Sandakan yang direalisasikan melalui sumbangan infak yang disalurkan sendiri oleh warga.
Majlis perasmian dimulakan dengan menandatangani plak perasmian seterusnya disusuli bacaan Surah Yasin yang turut dihadiri oleh komuniti maritim setempat.
Seusai bacaan Surah Yasin, Laksamana Madya (M) Hamid menunaikan Solat Jumaat di Masjid Daerah Sandakan. Beliau berkesempatan menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah yang hadir mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika berada di laut termasuk penyaluran maklumat jenayah kepada Maritim Malaysia disamping kepentingan mengekalkan hubungan baik antara komuniti dengan pihak berkuasa.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari turut menyampaikan Khutbah dan mengimamkan Solat Jumaat.
Manakala disebelah petang, Laksamana Madya (M) Hamid melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Khir Junaidi bin Idris di Markas Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Sandakan.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

