JOHOR BAHRU, 29 Julai – Berikutan kejayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membantu Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) menahan sebuah kapal tangki berdaftar dari Iran yang disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Indonesia pada 7 Julai lalu, satu majlis penyampaian penghargaan telah diadakan oleh pihak BAKAMLA kepada Maritim Malaysia hari ini.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang menjaga keselamatan di laut, Maritim Malaysia sentiasa akan memberikan kerjasama kepada pasukan keselamatan dari negara jiran sekiranya diperlukan agar kawasan perairan sempadan negara sentiasa terpelihara daripada segala ancaman jenayah rentas sempadan.
Beliau berkata demikian selepas mewakili Maritim Malaysia bagi menerima Surat atau Sijil Penghargaan daripada Kepala BAKAMLA, Laksamana Madya TNI Dr. Aan Kurnia yang mewakili agensi berkenaan.
Turut hadir sama, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria dan Commander Singapore Police Coast Guard, SAC Cheang Keng Keong.
Pada 7 Julai lalu, setelah menerima permohonan bantuan daripada pihak BAKAMLA, Maritim Malaysia telah mengatur gerak sebuah pesawat AW139 bersama tujuh anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) Maritim Malaysia bagi memintas dan menahan kapal tangki terbabit yang telah memasuki perairan Malaysia.
Hasil tindakan pantas itu, Maritim Malaysia telah berjaya menahan 28 anak kapal warga Syria dan tiga penumpang lain bersama lebih 200,000 tan metrik minyak mentah yang telah di seludup dari negara Indonesia. kesemua mereka bersama minyak mentah berkenaan kemudiannya telah diserahkan pihak BAKAMLA untuk tindakan selanjutnya.
Kejayaan operasi berkenaan menunjukkan Maritim Malaysia bersama-sama agensi penguat kuasa sahabat dari negara jiran seperti BAKAMLA akan sentiasa bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan perairan di rantau ini.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.















.svg.png)

