PUTRAJAYA, 20 Julai – Bagi memelihara integriti anggota penguat kuasa selain membentuk sikap telus dan profesional semasa menjalankan tugas;
Maritim Malaysia dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan projek rintis dengan menyediakan lima unit kamera badan (Body Worn Camera) yang disumbangkan oleh institusi perbankan berkenaan untuk kegunaan anggota ketika mengiringi wang milik BSN ke Pulau Tioman.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu Maritim Malaysia dalam memastikan anggota di bawahnya berada pada tahap standard profesionalisme yang tinggi, malah ia juga berperanan sebagai penghalang kepada aktiviti haram serta meningkatkan akauntabiliti yang melibatkan anggota penguat kuasa agensi ini.
Beliau turut menambah, selain kamera badan yang disumbangkan oleh BSN, Maritim Malaysia juga akan menambah lagi jumlah kamera badan untuk kegunaan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim dan seterusnya Bahagian Operasi Udara serta Pasukan Tindakan Khas (STAR TEAM) sebelum digunakan secara menyeluruh oleh anggota di lapangan ketika bertugas.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan 'Body Worn Camera' oleh BSN kepada Maritim Malaysia pagi tadi.
Penyerahan kamera badan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman bin Abd Rashid kepada Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Khairul Anuar bin Bachok, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abd Rashid serta Naib Presiden merangkap Ketua Cawangan Operasi Perbankan BSN, Mohd Khairil Mohd Nor.
Laksamana Maritim Datuk Saiful Lizan menambah lagi, sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, BSN adalah salah satu syarikat korporat yang patut dijadikan contoh dalam menyokong perkhidmatan yang diberikan agensi kerajaan dengan turut memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kawasan maritim Malaysia terjaga dan selamat.
Kamera badan yang diberikan oleh BSN dilengkapi dengan teknologi terkini, membolehkan pegawai-pegawai Maritim Malaysia merekodkan bukti audio dan video berkualiti tinggi semasa operasi dijalankan.
Maritim Malaysia yakin dengan pemakaian kamera badan ini, ia akan meningkatkan keupayaan dan memperkukuhkan lagi misi agensi ini dalam melindungi kawasan perairan Malaysia.
Pihak Maritim Malaysia dalam pada itu merakamkan ucapan penghargaan kepada BSN atas sumbangan yang berharga ini disamping berharap agar kerjasama dengan BSN dapat berterusan seiring dengan usaha untuk menjadikan Malaysia lebih selamat dan terjamin.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

