LANGKAWI, 16 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan Program Sahabat Maritim bersama komuniti nelayan di Dataran Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat pada 15 Julai (Isnin).
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program santai bersama persatuan nelayan ini merupakan usaha bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat.
Program berkenaan kembali diadakan setelah negara berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19 dan kini berada dalam peralihan endemik.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program antaranya pameran kerjaya dan demonstrasi jet ski Maritim Malaysia, aktiviti mewarna kanak-kanak, liga bola sepak penalti melibatkan sebanyak 16 pasukan, acara tarik tali antara komuniti dan Maritim Malaysia serta pemeriksaan kesihatan secara percuma bersama Jabatan Kesihatan Daerah Langkawi.
Aktiviti gotong-royong bersama komuniti membersihkan kawasan pantai Tanjung Rhu juga turut dilaksanakan.
Bersempena program berkenaan, sebanyak 72 bakul makanan telah
diagihkan kepada komuniti setempat.
Komuniti nelayan setempat khususnya dan pemain industri 'Mangroove Tour' banyak membantu Maritim Negeri Kedah dan Perlis dalam menyalurkan maklumat mengenai sebarang kecemasan atau jenayah di laut.
Pihak nelayan telah banyak menyumbang bakti dan tenaga terutamanya dalam memberikan bantuan dalan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang dilaksanakan di seluruh perairan negeri Kedah dan Perlis.
Program Sahabat Maritim ini akan diteruskan serta dipertingkatkan agar hubungan baik antara penguat kuasa dan masyarakat terus erat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

