22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

23 TERIMA KENAIKAN PANGKAT PASUKAN SUKARELAWAN MARITIM MALAYSIA MN PULAU PINANG

GEORGE TOWN, 12 Julai – Seramai 23 pegawai dan anggota telah dinaikkan pangkat dalam satu Majlis Pemakaian Pangkat Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) Maritim Negeri Pulau Pinang di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang pada Rabu.

Daripada jumlah berkenaan, tujuh pegawai berpangkat Leftenan Muda PSMM telah dinaikkan pangkat kepada Leftenan Madya PSMM. Manakala, selebihnya adalah Laskar Kelas II PSMM yang telah dinaikkan pangkat kepada Laskar Kelas I PSMM.

Majlis Pemakaian Pangkat Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) Maritim Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan Pengarah sumber Manusia Maritim Malaysia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli, Ketua Penolong Pengarah Cawangan PSMM dan PASKAM, Komander Maritim Razali bin Kassim dan Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom.

Pemakaian pangkat ini mampu bagi meningkatkan motivasi serta menyemarakkan semangat setiap pegawai dan anggota PSMM yang sentiasa menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh Maritim Malaysia.

Pasukan PSMM ini juga memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam akan kerjaya Maritim Malaysia sekaligus mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat setempat.

Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan antara Maritim Malaysia dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Matlamat penubuhan PSMM merupakan usaha strategik untuk mentransformasikan Maritim Malaysia dalam memastikan visi Agensi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim yang terbaik di dunia dicapai dengan jayanya yang mana ianya sebagai sumber sokongan modal insan dalam membantu agensi melaksanakan tugas.

 

PSMM MNPP EDITED
 
PSMM MNPP EDITED 2
 
PSMM MNPP EDITED 4 2
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC