08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PROGRAM SAHABAT MARITIM DEKATI KOMUNITI NELAYAN PESISIR PANTAI

LUMUT, 11 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak telah menjayakan satu program kemasyarakatan sempena Program Sahabat Maritim 2023 ‘Sembang Santai Bersama Komuniti Maritim’ bertempat di Jeti Nelayan Simpang Empat Rungkup, Bagan Datuk, Perak pada jam 10.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, program ini bakal diadakan secara berkala bermula Julai sehingga Disember di sekitar perairan negeri Perak.

Program ini diadakan bagi mendekati komuniti maritim di samping mewujudkan hubungan baik serta mampromosikan fungsi dan peranan Maritim Malaysi secara tidak langsung mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap Agensi.

Program tersebut telah dihadiri seramai 30 orang nelayan yang diwakili oleh nelayan-nelayan bot fiber serta pengusaha bot pemancing rekreasi yang dimulakan dengan sesi dialog membincangkan isu-isu nelayan di laut dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia.

Wakil Maritim Negeri Perak turut menyampaikan taklimat ringkas kesedaran keselamatan di laut serta mengedar pelekat nombor talian kecemasan Maritim Malaysia kepada komuniti maritim bagi memudahkan mereka menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden kecemasan yang tidak diingini di laut.

Komuniti maritim merupakan mata dan telinga kepada Maritim Malaysia oleh itu mereka disarankan agar terus berkongsi maklumat jika terlihat sebarang perlanggaran undang-undang di kawasan tertentu.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 07 11 at 16.41.32 
 
 WhatsApp Image 2023 07 11 at 16.41.33
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC