KOTA KINABALU, 6 Jun - Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023 MN Sabah telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar.Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sabah & W.P Labuan, Kepten (M) Mahmad Faizal bin Ahmad telah mengetuai program ini bersama 13 pegawai dan anggota MN Sabah. Turut terlibat dalam program ini adalah nakhoda bot yang membawa murid-murid sekolah daripada Kampung Numbak ke Pulau Sepanggar.Tujuan program HKKM ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan di laut sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang diadakan setiap tahun pada 6 Jun selaras dengan tarikh pengambilalihan tugas Mencari dan Menyelamat Maritim daripada Jabatan Laut Malaysia.SK Pulau Sepanggar dipilih sebagai lokasi program HKKM bagi tahun ini kerana 90% murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut menggunakan jalan laut setiap hari untuk ke sekolah. Oleh itu, kesedaran awal dan pendedahan mengenai keselamatan di laut di peringkat sekolah adalah amat penting bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena program HKKM ini adalah taklimat pengenalan APMM dan keselamatan di laut, penerangan peralatan keselamatan (APAK kecil, pelampung keselamatan, PLB dan jaket keselamatan), pertandingan mewarna dan pertandingan memakai jaket keselamatan terpantas. Seramai 150 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru, penduduk Pulau Sepanggar serta nakhoda bot.Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat. Pihak sekolah turut merakamkan berterima kasih kepada APMM dan menghargai usaha pegawai dan anggota APMM serta memilih sekolah tersebut untuk menjayakan program HKKM ini.Di akhir program ini, sesi penyampaian hadiah, penyerahan cenderahati kenangan dan sesi bergambar telah dilaksanakan antara pihak sekolah dan MN Sabah.
![]()
![]()
![]()
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.













.svg.png)

