LUMUT, 16 Mei - Pada 10 Mei bersamaan 19 Syawal 1444 Hijrah, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak telah diadakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri warga Maritim Negeri Perak yang berlangsung sederhana tetapi meriah.Majlis sambutan telah dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu Orang Besar Jajahan Manjung, Ydh Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Dato' Shaharudin bin Haji Nazari bersama isteri, Y.Bhg Datin Norshuhada binti Osman.Turut sama memeriahkan majlis sambutan ini ialah Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid serta ketua-ketua jabatan agensi sahabat.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan berkenaan adalah acara penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 serta cabutan bertuah kepada semua warga Maritim Negeri Perak bagi menghargai jasa dan sumbangan semua anggota.Terdapat 10 gerai mewakili setiap seksyen dalam Maritim Negeri Perak telah menyajikan menu-menu istimewa kepada pengunjung, antaranya ialah ayam golek, apam balik mini, rendang dan ketupat serta menu utama nasi hujan panas dan kurma kambing.Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan supaya dapat mengeratkan hubungan silahturahim dalam kalangan anggota dan warga maritim negeri secara tidak langsung dapat mendekatkan lagi agensi dengan masyarakat serta komuniti setempat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

