GEORGETOWN, 16 April – Maritim Negeri Pulau Pinang, telah menerima kunjungan delegasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam program 'Singgah Sahur' anjuran agensi itu pada jam 3.00 pagi tadi.
Ketibaan rombongan PERDA diketuai Pengurus Besarnya sendiri, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum bersama timbalan beliau disambut sendiri oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang beserta pegawai dan anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang yang bertugas.
Program ini diadakan adalah sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti pasukan barisan hadapan yang begitu komited dalam menjalankan tugas terutama dibulan Ramadhan Al Mubarak.
Sebanyak 60 bungkus makanan bersahur telah disumbangkan kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang yang bertugas yang melibatkan kapal, bot serta ibu pejabat awal pagi tadi.
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, beliau amat berterima kasih di atas program yang dianjurkan ini dan berharap ianya menjadi pemangkin atau pembakar semangat untuk Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara sentiasa aman dan terkawal.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

