JOHOR BAHRU, 11 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, melalui Maritim Negeri Johor telah melaksanakan Majlis Penganugerahan Surat Keanggotaan PSMM dan taklimat pengenalan terhadap agensi kepada PSMM yang telah dilantik di Maritim Negeri Johor.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamanaa Pertama (M) Nurul Hizam bin Zakaria dengan diiringi Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten (M) Simon Templer ak Tusa.Pengambilan PSMM Maritim Johor telah dilaksanakan dengan melalui proses ujian fizikal dan 29 orang telah dipilih. Maritim Negeri Johor dipilih sebagai penyelaras bagi menjalankan latihan asas serta latihan lain yang membabitkan teori seperti peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.
Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) amat penting bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh Maritim Malaysia.
Selain daripada itu, PSMM juga memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam akan kerjaya Maritim Malaysia sekaligus mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara Maritim Malaysia dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota penguatkuasa Maritim Malaysia.
Matlamat penubuhan PSMM merupakan usaha strategik untuk mentransformasikan Maritim Malaysia dalam memastikan visi Agensi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim yang terbaik di dunia dicapai dengan jayanya yang mana ianya sebagai sumber sokongan modal insan dalam membantu agensi melaksanakan tugas.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

