BINTULU, 17 Februari - Seramai 250 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena, Bintulu telah menyertai Pertandingan Menulis Esei Bertajuk Kesedaran Keselamatan Di Laut sempena Hari Ulang Tahun (HUT) ke 18 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) peringkat Zon Maritim Bintulu di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad memaklumkan daripada jumlah berkenaan seramai 30 pelajar telah dipilih berdasarkan esei yang terbaik dan mereka telah memenangi tiket percuma bagi menonton filem Coast Guard Malaysia : Op Helang.
Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar berkata pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan kesedaran awal kepada para remaja tentang kesedaran di laut selaras dengan Pelan Strategik SAR APMM 2023 serta memperkenalkan kepada mereka tentang tugas dan tanggungjawab Maritim Malaysia.
Beliau turut menambah hadiah tiket bagi menonton filem Coast Guard Malaysia: Op Helang disumbangkan kepada para pemenang bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka untuk mengetahui dan mengenali lebih jelas peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia menerusi filem berkenaan.
Hasil daripada penulisan esei tersebut, rata-rata pelajar memahami dan berjaya membuat penulisan berkaitan skop kerja dan bidang kuasa Maritim Malaysia. Malah ada dalam kalangan mereka turut berjaya memasukkan elemen-elemen kesalahan di laut dan perundangan negara.
Melalui penulisan yang dihasilkan jelas menunjukkan walaupun masih di peringkat remaja tetapi mereka berjaya memahami peranan Maritim Malaysia.
Selain memenangi tiket bagi menonton filem berkenaan, para pemenang dan peserta pertandingan turut menerima sijil penyertaan daripada Zon Maritim Bintulu
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.



















.svg.png)

