LUMUT, 9 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Pangkor, Yang Berhormat Puan Norhaslinda binti Zakaria melakukan lawatan kerja rasmi dan kunjungan hormat ke Maritim Negeri Perak, pada awal pagi tadi.
Kehadiran beliau disambut mesra oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup serta Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil bersama anggota dan pegawai Maritim Negeri Perak.
Lawatan kerja rasmi ini adalah bertujuan untuk berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan negeri Perak dan bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama antara wakil rakyat dan badan penguat kuasa demi kepentingan rakyat.
Dalam perkembangan lain, Pegawai Memerintah KM NYALAU, Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Mohd Isa turut memberikan taklimat mengenai tugas serta pengoperasian aset di Maritim Negeri Perak.
Turut serta dalam sesi taklimat ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Perak, Encik Hailnizam bin Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Keselamatan, Leftenan Maritim Syed Ramzi bin Sy Abdullah serta Timbalan Pengarah Siasatan, Leftenan Maritim Mohamad Fuad bin Ja'afar.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






















.svg.png)

