KUALA KURAU, 4 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Kuala Kurau (ZMKK) telah berjaya melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) jenis Rifle M16 dan HK 416 A5 disini, semalam.
Latihan ini telah dijalankan pada 02 hingga 03 November 2022 bertempat di Kem Kamunting Taiping, Perak (Lapang Sasar Sg. Ranting). Salah satu tujuan latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk membina keyakinan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemampuan pegawai dan anggota dalam pengendalian senjata api kecil yang lazimnya digunakan oleh warga APMM. Selain itu, ia juga sebagai latihan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran menembak senjata api kecil. Seramai 45 orang pegawai dan anggota ZMKK serta seorang Jurulatih Persenjataan daripada Maritim Negeri Perak yang terlibat dalam latihan penembakan senjata api kecil tersebut.
Latihan dilaksanakan dalam bentuk pertandingan Precision dan Falling Plate mengikut rumah-rumah sukan (Merah, Biru, Kuning dan Kelabu). Sekaligus, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan pegawai dan anggota serta warga ZMKK.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Mohd Najhan bin Azman Hamid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maritin Negeri Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan latihan ini dapat berlangsung dengan jayanya.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

