14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA WARGA THAILAND DIJATUHI HUKUMAN DENDA RM 80 RIBU ATAU 44 BULAN PENJARA

KUALA PERLIS, 06 FEBUARI - “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”. Begitulah ungkapan yang boleh diberikan kepada seorang tekong dan seorang awak-awak warganegara Thailand berumur 21 dan 25 tahun yang telah ditahan oleh oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Zon Maritim Kuala Perlis kerana memasuki perairan negeri Perlis pada jarak lebih kurang 5.6 batu nautika daripada barat muara Sungai Baru, Perlis kira-kira jam 02.20 petang pada tarikh 22 Januari 2020 lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, melalui siasatan lanjut yang telah dilakukan mendapati mereka ini sering keluar dan masuk ke Kuala Perlis untuk menangkap ikan tanpa sebarang dokumen yang dibawa. Berlanjutan kes tangkapan dua orang warga Thailand tersebut mahkamah telah memutuskan hukuman denda kepada tekong bot berkenaan sebanyak RM50,000 atau 24 bulan penjara manakala awak-awak tersebut dijatuhi hukuman denda sebanyak RM30,000 atau 20 bulan penjara sekiranya mereka tidak membayar denda tersebut.

Menurut beliau, terdapat beberapa biji bot yang serupa memasuki perairan negeri Perlis sebaliknya melarikan diri ketika bot peronda Maritim Malaysia menghampiri bot tersebut. Bot berkenaan telah ditahan ketika mula melakukan aktiviti penangkapan udang lipan di perairan negeri Perlis. Hasil pemeriksaan lanjut yang menemui 114 bubu udang lipan dan sebiji tong berisi udang lipan serta ketam dianggarkan lebih kurang 4 kilogram di atas bot tersebut telah dilelong manakala bot tersebut telah dilucutkan hak pemilikannya.

Kedua-dua orang warga Thailand tersebut telah menjalani pertuduhan di Mahkamah Seksyen Kangar, Perlis pada jam 10.30 pagi tadi atas kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) kerana pencerobohan penangkapan ikan oleh vesel asing di perairan perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia mengucapkan terima kasih kepada komuniti setempat yang menjadi mata dan telinga sehingga tertangkapnya nelayan warga Thailand yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di negeri Perlis. Pihak Maritim juga menasihatkan kepada orang awam yang bukan memiliki status warganegara Malaysia yang ingin memasuki negara ini supaya mendapatkan dokumen yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia agar tidak mempunyai kesulitan sekiranya ditahan oleh pihak penguatkuasa.

Maritim Malaysia akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini adalah digalakkan. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.

WhatsApp Image 2020 02 06 at 22.17.49   WhatsApp Image 2020 02 06 at 22.17.50 1
     
WhatsApp Image 2020 02 06 at 22.17.50 2    WhatsApp Image 2020 02 06 at 22.17.51

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MEDIA PRIMA BERHAD ERAT HUBUNGAN DENGAN MEDIA

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som semalam melakukan kunjungan hormat ke atas pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas buat julung kalinya sejak beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam setengah, Maritim Malaysia telah diberikan taklimat mengenai konglomerat media terbesar di Malaysia serta membincangkan mengenai platform terbaik dalam menyampaikan informasi yang berkaitan kepada golongan sasar secara efektif.

Antara barisan pengurusan kanan Media Prima MPB yang menerima kunjungan hormat adalah Pengarah Eksekutif, Operasi The News Straits Times Press (NSTP), Dato’ Yushaimi Yahaya Ketua Pengarah Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Mohamed Ishak, Ketua Pengarah Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pengarah Eksekutif Media Prima Digital, En. Rafiq Razali, Ketua Pengarah Eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Berhad  dan Pengarah Komunikasi Korporat En. Azlan Abdul Aziz.

Pada kunjungan hormat tersebut, delegasi Maritim Malaysia turut dibawa melawat ke studio radio dan studio berita bagi melihat sendiri pengoperasian saluran media mereka.

 

#AgensiPenguatKuasaanMaritimMalaysia

#KementerianDalamNegeri

#MalaysiaCoastGuard

#MaritimMalaysia

#MCG

#MCGReport

#MCGInfo

#SeaHawk

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Media Prima Berhad

WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.11 PM   WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.11 PM 1
     
WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.11 PM 3   WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.12 PM 1

LAWATAN KERJA RASMI KSU KDN 19 JANUARI 2020

LANGKAWI, 19 JANUARI - Yang Berbahagia Dato’ Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri melakukan lawatan kerja rasmi ke Maritim Negeri Kedah dan Perlis baru-baru ini.

Sepanjang lawatan, Dato' Jamil telah menghadiri sesi taklimat ringkas bersama Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Muda Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad serta pegawai-pegawai Kanan Maritim Negeri Kedah dan Perlis  dan delegasi kemudian dibawa melawat tapak untuk cadangan pembinaan Jeti serta Infrastruktur bagi menampung keperluan operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis khususnya di Langkawi.

IMG 1248   IMG 1245
     
IMG 1251   IMG 1274

'STREET LINING' PENGHARGAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH LOGISTIK MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 5 Februari – Laksamana Madya Maritim Dato’ Tan Kok Wee semalam secara rasminya bersara wajib sebagai Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia.

Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2016 diraikan dalam acara ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Menurut Laksamana Madya Maritim Dato’ Tan Kok Wee, beliau amat berterima kasih dan amat berbesar hati kerana dapat menabur khidmat bakti dan jasa di dalam membentuk dan menerajui sektor logistik  Agensi sehingga kini.

“Saya berharap rakan-rakan saya yang masih berkhidmat agar terus mengekalkan integriti dan terus menerus mencari pengalaman dalam menerajui Agensi ke tahap yang lebih tinggi” katanya.

Memikul tanggungjawab bagi menggantikan beliau ketika ini selaku pemangku Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia ialah Laksamana Muda Maritim Dato’ Abu Bakar Bin Idris, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Sebelum itu, Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia turut diadakan di Pejabat Maritim Malaysia dengan disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som serta barisan pegawai dan anggota penguat kuasa maritim seluruh negara.

 

#AgensiPenguatKuasaanMaritimMalaysia

#KementerianDalamNegeri

#MalaysiaCoastGuard

#MaritimMalaysia

#MCG

#MCGReport

#MCGInfo

#SeaHawk

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

 

WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.43 PM   WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.42 PM 1
     
WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.41 PM   WhatsApp Image 2020 02 05 at 3.58.42 PM

CUBAAN SELUDUP DADAH KELUAR KE NEGARA JIRAN 2 WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA TAWAU

TAWAU, 17 JANUARI - Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis syabu ke negara jiran di sekitar perairan Tawau semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, pada jam lebih kurang 5 petang sea bot Kapal Maritim Malaysia yang menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot kayu yang bergerak keluar secara melulu dan mencurigakan dari Kampung Titingan, Batu 4, Tawau. Lantas, bot Kapal Maritim Tawau mengejar mereka lalu memintas serta menahan bot kayu tersebut bagi melakukan pemeriksaan rutin terhadap mereka. Bot kayu tersebut dipercayai menuju keluar ke Pulau Nunukan, Indonesia dari Kampung Titingan, Batu 4, Tawau.

Pemeriksaan awal mendapati, terdapat 2 orang di atas bot kayu itu dipercayai warga asing dari negara jiran. Mereka terdiri daripada seorang juragan (lelaki) dan seorang penumpang (lelaki) masing- masing berumur 41 dan 43 tahun (akuan lisan) juga telah mengaku tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat sebuah bungkusan plastik berwarna hitam, berbentuk bujur seperti bola ragbi di dalam bot kayu tersebut disyaki mengandungi dadah sejenis syabu  ( Methamphetamine ). Dadah berkenan mempunyai berat kira-kira 289g di mana ianya dianggarkan bernilai RM 50,000.00 . Bot kayu, serta bungkusan tersebut dirampas serta kedua-dua warga asing yang ditahan berkenana diringi masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau seterusnya diserahkan kepada Pegawai Unit Siasatan Jenayah Maritim, Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63. Nilai keseluruhan rampasan dadah itu termasuk bot berserta enjin dianggarkan bernilai lebih kurang RM 60,000.00 .

Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.

WhatsApp Image 2020 01 17 at 17.05.40    WhatsApp Image 2020 01 17 at 17.05.41 2
     
WhatsApp Image 2020 01 17 at 17.05.41    WhatsApp Image 2020 01 17 at 17.05.42 edit 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC