14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA BUAH BOT NELAYAN ASING CUBA MELARIKAN DIRI BERJAYA DITAHAN MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 8 September– Dua buah bot yang disyaki nelayan asing bersama dua tekong serta 26 kru yang menceroboh perairan Pahang di kedudukan lebih kurang 33 batu nautika timur laut Pulau Tioman dan cuba melepaskan diri namun berjaya ditahan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pahang (Maritim Malaysia) yang sedang melaksanakan Op Kuda Laut  pada lebih kurang jam 2.30 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, berkata kedua-dua bot berkenaan dengan nombor pendaftaran TG 98555 TS dan TG 95556 TS bertindak cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran kapal ronda Maritim Malaysia,  namun cubaan itu berjaya digagalkan.

“Berdasarkan nombor pendaftaran, bot-bot berkenaan dipercayai adalah bot nelayan asing Vietnam. Pemeriksaan ke atas kedua-dua bot menemui muatan sejumlah 3 tan hasil laut serta bekalan diesel sebanyak 3000 liter.  Kesemua tekong dan kru berumur lingkungan 17 hingga 50 tahun adalah warga Vietnam dan tiada memiliki sebarang dokumen pengenalan sah,” tambahnya lagi.

“Keseluruhan barang rampasan termasuk bot, peralatan menangkap ikan serta bekalan diesel dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.  Bot dibawa ke Pos Maritim Tg. Gemok dan kesemua kru  ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pengenalan diri yang sah. Kesemua yang ditahan telah menjalani saringan Covid 19”, katanya lagi.

“Jika disabitkan kesalahan kedua-dua tekong akan boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang, penjara tidak melebihi 3 tahun manakala semua awak-awak boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 100 ribu setiap seorang, penjara tidak melebihi 2 tahun. Sehingga hari ini Maritim Negeri Pahang telah melakukan 2079 pemeriksaan dan 25 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan”, tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, orang ramai disaran dapat memberi kerjasama dan bersama-sama membantu dalam menangani sebarang aduan kesalahan atau jenayah di perairan negara dengan menghubungi Talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

1    2 
     
 3  

 4

 

SUMBER : PEGAWAI PEHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS RAMPAS RM1.6 JUTA GANJA

LANGKAWI, 3 September - Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) dengan kerjasama Sahabat Maritim yang terdiri daripada nelayan setempat telah berjaya merampas sebanyak 537kg ketulan ganja mampat bernilai lebih kurang RM1.6 juta dalam satu ‘Op Eagle Eye’  di kedudukan 6.7 batu nautika tenggara Pulau Chorong dekat sini pada 31 Ogos Isnin lepas.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, berkata bungkusan dadah yang cuba diseludup masuk dipercayai dari negara jiran telah dirampas oleh sepasukan penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam ‘Op Eagle Eye’ yang merupakan operasi khas yang dilaksanakan oleh agensi ini untuk mematahkan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menerusi hasil pengumpulan maklumat dan intipan selama beberapa minggu yang lepas.

“Sejurus menerima maklumat mengenai lokasi penemuan bungkusan yang disyaki dadah,  sebuah Bot Petir Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Eagle Eye telah digerakkan ke lokasi tersebut dan pada jam lebih kurang 9.30 pagi kesemua bungkusan ketulan Ganja mampat telah berjaya ditemui dalam keadaan berapung. Ketulan Ganja mampat yang dirampas dianggarkan seberat sekilogram setiap satu itu terapung di dalam 14 bungkusan besar yang terdiri daripada 12 bungkus plastik hitam dan dua bungkus plastik putih yang telah terkoyak dan beberapa ketulan yang di syaki ganja dilihat bertaburan di atas air”. katanya mengulas lanjut.

Beliau menjelaskan pihaknya melancarkan Op Eagle Eye susulan mendapat maklumat akan berlakunya penyeludupan dadah dalam waktu terdekat menerusi perairan ini. Dipercayai kaedah yang digunakan merupakan salah satu taktik penyeludup memandangkan dalam beberapa siri tangkapan yang membabitkan rampasan Ganja, Syabu dan Ketum di perairan Kedah dan Perlis sebelum ini, juga menggunakan taktik yang serupa bagi mengelak daripada dikesan dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun taktik mereka ini telah dapat dihidu susulan daripada rampasan 5kg Syabu bernilai RM 769,000 di perairan Langkawi pada 15 Julai lalu. Kemudian pada 27 Julai MNKP berjaya menangkap lima orang warga Indonesia dan merampas Ganja seberat 230kg bernilai RM700,000 di kedudukan 40 batu nautika Pulau Rebak Besar Langkawi dan, pada tahun ini Zon Maritim Kuala Perlis berjaya merampas 1.6 tan Ketum dalam 5 siri rampasan bernilai keseluruhan RM 87,000.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas sepanjang tahun ini ialah 5kg Syabu dan 767kg Ganja dengan nilai keseluruhan RM 3.1 juta, yang mana kes tangkapan ganja pada kali ini merupakan rampasan dadah terbesar bagi MNKP pada tahun ini.

Kesemua ganja yang ditemui itu dibawa ke Jeti MNKP di Bukit Malut dan diserah kepada pegawai penyiasat MNKP untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kedah dan Perlis melahirkan setinggi penghargaan atas kerjasama komuniti nelayan dalam membanteras aktiviti jenayah di laut dan berharap kerjasama sebegini dapat dipertingkatkan lagi agar perairan negara kita sentiasa selamat dan bersih daripada jenayah. Sebarang aduan atau berkaitan aktiviti yang mencurigakan boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 / 04-966 5307.

Aset-aset Maritim Malaysia ketika ini masih terus terlibat di dalam Op Benteng dengan jumlah aset sepertimana yang diarahkan bagi mengekang kemasukan migran ke negara ini melalui pintu masuk sempadan yang tidak diwartakan.

5737a5c0 b559 43b5 96ba 75d56f085777    6afff984 a33e 4386 bc9f b0b1d0d8bcdc 
     
1ded1ae4 c9fc 42e6 8237 178d37c817f5   9ca88ce6 8169 436a b1ec 0b31471b4509

OP BENTENG: LAPAN WARGA ASING CURI HASIL LAUT HINGGA 2 BATU NAUTIKA

WhatsApp Image 2020 08 20 at 4.48.56 PM 1 WhatsApp Image 2020 08 20 at 4.48.56 PM 

 

PELABUHAN KLANG, 20 Ogos – Nelayan asing warga Indonesia dilihat degil dan melampau, dengan memasuki serta mencuri hasil laut negara sehingga ke jarak sekitar 2.0 batu nautika timur Pulau Angsa daripada Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, pihaknya melakukan tangkapan terhadap empat bot fiber dalam waktu berasingan dan menahan lapan lelaki warga Indonesia sedang leka mencuri hasil laut negara.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama, dua warga Indonesia gagal kemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot kedua, dua warga Indonesia mempunyai dokumen pengenalan diri tetapi telah tamat tempoh. Seterusnya penahanan bot ketiga dan keempat, turut mendapati empat lelaki warga Indonesia melakukan kesalahan yang sama iaitu dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh,” ujar beliau.

Menurut Rosli, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 24 hingga 46 tahun ditahan bersama ikan campur dianggarkan sebanyak 9 kilogram dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985. "Maritim Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor,” tambah beliau.

OP BENTENG LAUT: MARITIM SELANGOR TAHAN PATI, TANGKAP IKAN KURANG DARI 8 BATU NAUTIKA

WhatsApp Image 2020 08 25 at 12.02.24 PM

 

PELABUHAN KLANG, 25 Ogos – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menangkap ikan di kedudukan 2.2 batu nautika Barat Daya Sg Hj. Durani, Selangor lebih kurang jam 9.15 malam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, bot nelayan tempatan Kelas B1 itu ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menunda kurang dari 8 batu nautika.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati, empat lelaki berada di atas bot berkenaan termasuk tekong. Tekong adalah warga tempatan manakala tiga lagi warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut Rosli, mereka baru sahaja menurunkan pukat dalam beberapa minit sebelum bot peronda Maritim Malaysia tiba. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 22 hingga 28 tahun ditahan bersama ikan campur dalam anggaran 20 kilogram.

Bot dan kesemua yang ditahan dibawa ke Jeti LKIM, Kuala Selangor untuk disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Maritim Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor dan akan terus meningkatkan pemantauan dan mengukuhkan sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng laut di bawah National Task Force (NTF) dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penularan pandemik COVID-19 dan jenayah rentas sempadan’’ ujar beliau.

OP PLUTO TIMUR : TUKAR NAHKODA TIDAK SAH - SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

 

TAWAU, 18 Ogos - Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) menahan sebuah bot kargo dipercayai telah melanggar syarat sah lesen di bawah Enakmen Pelabuhan dan Demaga Sabah 2002, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, semasa bot peronda Maritim Malaysia melakukan rondaan Operasi Pluto Timur 2/2013 di kawasan perairan laut Semporna, sebuah bot kargo yang didaftarkan di Semporna diperiksa pada kedudukan 0.3 batu nautika barat Pulau Bum Bum sekitar jam 03.30 petang pada 17 Ogos 2020.

“Pemeriksaan awal mendapati, bot penumpang berwarna putih no.daftar SA 8783/5/P hanya terdapat seorang juragan lelaki dewasa yang berumur dalam lingkungan 20 tahun. Hasil pemeriksaan lanjut, juragan gagal mengemukakan sebarang dokumen pertukaran nakhoda yang sah. Juragan ditahan dan bot diiring ke Jeti Seafest Semporna untuk siasatan lanjut.” Katanya.

Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di perairan Tawau boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

 WhatsApp Image 2020 08 18 at 1.46.10 PM    

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC