![]() |
![]() |
Sumber : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau
Laman Rasmi Maritim Malaysia
Mengawal | Melindung | Menyelamat
![]() |
![]() |
Sumber : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau
PASIR PUTEH, 21 Nov – Seorang warga emas dan seorang bayi telah diberi bantuan pelayaran ihsan oleh pihak Maritim Negeri Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Besut semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Besut pada jam 3.30 petang semalam bagi meminta bantuan memindahkan kedua pesakit tersebut.
"Pesakit tersebut ialah Che Omar bin Che Mat, 70 tahun, mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan asthma dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen. Manakala Nor Ayra Aidelia binti Mohd Khairul Azwan yang berumur setahun lima bulan mengalami demam panas," katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Tambahannya, pihak Klinik Kesihatan Pulau Perhentian berjaya menstabilkan kedua pesakit namun dimaklumkan mereka perlu dihantar ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan segera.
" Memandangkan pesakit perlu menerima rawatan segera dan teksi air agak sukar untuk beroperasi kerana keadaan laut yang bergelora pada ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter, kami segera menggerakkan Bot Penyelamat 7 yang diketuai oleh Leftenan Madya Maritim Faris bin Mohd Sidek untuk memastikan pesakit segera menerima rawatan yang lebih baik, katanya lagi.
Bot tersebut tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan pada jam 6.25 petang dan pesakit warga emas itu ditemani oleh isteri beliau, Bidah binti Samad manakala bayi tersebut ditemani oleh ayahnya, Mohd Khairul Azwan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Besut. Namun kedua pesakit dijangka akan dibawa ke Hospital Jerteh.
” Kita mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som bagi memperhebatkan pengoperasian dan memperkukuh hubungan Maritim Malaysia melalui kerjasama dengan agensi lain.
Dengan itu kita berjaya memberikan respon pantas seawal 30 minit terhadap panggilan kecemasan seterusnya memberikan bantuan kepada pihak klinik. Saya percaya, aset dan anggota kita dapat bertindak dengan lebih pantas sekiranya semua aset berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan,” tambahnya lagi.
Sehingga semalam, pihak Maritim Malaysia Negeri Kelantan telah melaksanakan sebanyak enam bantuan pemindahan pesakit (medevac) daripada Pulau Perhentian.
Sebagai persediaan menghadapi musim banjir, masyarakat umum dan komuniti laut diingatkan agar sentiasa membawa dan menggunakan personal floatation device (PFD) seperti jaket keselamatan semasa berada di laut dan melaporkan sebarang kecemasan di laut bagi negeri Kelantan khususnya di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070.

JOHOR BAHRU, 11 November- Commander PCG Cheang Keng Keong melakukan kunjungan hormat kepada Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, Pengarah Maritim Negeri Johor Khamis lalu..
Pertemuan antara agensi penguatkuasa dua buah negara berjiran ini berlangsung selama lebih kurang sejam di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor. Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mempertingkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek seperti latihan bersama, sukan dan sebagainya.
Kerjasama seperti ini dilihat begitu signifikan bagi memastikan kesejahteraan maritim serantau dapat dipertingkatkan dan sekaligus memberi keyakinan kepada dunia terutamanya terhadap para pengguna laluan laut di kawasan johor dan singapura yang merupakan antara tersibuk di dunia.



Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor
MUKAH, 5 November - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B di kedudukan 3.5 batu nautika utara Kampung Penipah, Mukah pada jam 9.26 pagi, semalam..
Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md. Kassim berkata, operasi ini dijalankan setelah menerima maklumat aduan awam mengenai bot pukat tunda yang kerapkali menangkap ikan dengan menunda serta melanggar zon menangkap ikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
"Hasil pemeriksaan mendapati, keempat-empat lelaki termasuk tekong adalah warga tempatan dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan bot tersebut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menunda ikan kurang dari 5 batu nautika dari pantai", katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Tambahannya, keempat-empat warga tempatan termasuk tekong ditahan bagi membantu siasatan dan sejumlah hasil tangkapan ikan campur juga turut dirampas. Bot tersebut kemudiannya ditahan dan diiringi masuk ke Jeti LKIM Tanjung Manis untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan selanjutnya.

SUMBER: PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TANJUNG MANIS, SARAWAK.
Terdahulu, mangsa Dol A/L Naik, 67 tahun, dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya berpusing-pusing tanpa penumpang ditemui oleh ahli keluarga mangsa berhampiran Rumah Api lama Pantai Bagan Lalang sekitar jam 5 petang kelmarin.
Mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan sempurna itu dibawa ke Jeti Sirip Biru, Sungai Sepang dimana Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC) diwujudkan untuk kemudahan operasi bersama agensi luar.
Operasi Mencari dan Menyelamat ini melibatkan seramai 54 orang anggota dan beberapa aset dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Majlis Daerah Sepang telah ditamatkan pada jam 10.35 pagi sebaik mayat disahkan oleh ahli keluarga mangsa.



Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.