14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

CUBAAN SELUDUP SYABU BERNILAI RM 2.5 JUTA BERJAYA DIGAGALKAN DI PERAIRAN TAWAU

TAWAU, 13 JANUARI - Zon Maritim Tawau berjaya menggagalkan cubaan sebuah bot laju menyeludup sebuah beg disyaki bungkusan berisi syabu di sekitar perairan Batu Payung, Tawau baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot peronda maritim yang sedang menjalankan operasi Pluto Timur pada 11 Januari lepas, sekitar jam 8.45 malam telah mengesan sebuah bot sedang bergerak laju menuju masuk ke pesisir pantai Batu Payung.

Bot laju itu bertindak memecut melarikan diri ke tengah laut apabila menyedari mereka sedang diekori."

"Dalam masa yang sama, bot peronda maritim juga turut mengesan dua lelaki berada di persisiran pantai dengan sebuah bungkusan besar."

"Namun kedua-duanya lari lintang pukang dan meninggalkan bungkusan besar tersebut di tepi pantai sebaik melihat bot penguatkuasa maritim sedang menghampiri mereka." Katanya.

Tambahnya lagi, "pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu adalah sebuah beg berwarna kuning berisi muatan 17 bungkusan hitam yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu (Methamphetamine)."

Beg tersebut telah dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia Tawau untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Setiap bungkusan yang dirampad dianggarkan seberat satu kilogram dan keseluruhan berat ialah lebih kurang 17 kilogram dengan nilai anggaran RM 2.5 juta.

Menurut beliau lagi, Zon Maritim Tawau akan mempergiatkan lagi pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan perlanggaran undang-undang di perairan Sabah khususnya Tawau terkawal.

Orang ramai diminta menyalurkan aduan kecemasan dan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2020 01 13 at 21.01.52    WhatsApp Image 2020 01 13 at 21.03.24 
WhatsApp Image 2020 01 13 at 21.10.50    WhatsApp Image 2020 01 13 at 21.10.50 1 
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC