πππ’π₯ π¦ππ§ππ₯, ππ³ π’π΄πΌπ - seorang nelayan maut setelah mengalami kecederaan di kepala ketika menangkap ikan di kawasan Perairan Pulau Bunting awal pagi tadi.Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.25 pagi tadi.Sebuah bot bersama lima anggota segera digerakkan ke ke lokasi 5 batu nautika barat Pulau Bunting. Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi tersebut, mangsa Mohd Radzi bin Che Omar 32 tahun dipercayai berasal dari Kampung Pintu Gerbang, Beruas Perak mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.Menurut tekong bot tersebut mangsa mengalami kecederaan akibat terhantuk pada kayu pancang pukat ketika sedang menaikkan pukat.Mangsa kemudianya dibawa ke jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di jeti tersebut.Mangsa disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Mahmad Faizal berkata, sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 047310579.
![]()
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER β Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
βPenggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,β tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

