KUALA PERLIS, 25 September - Sebuah bot tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah yang dilarang di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika daripada barat pantai Sungai Baru, Perlis pada jam 1.00 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, semasa menghampiri bot tersebut, bot peronda Maritim Malaysia terlanggar objek keras di permukaan air iaitu buluh panjang yang digunakan untuk menangkap ikan dan disyaki dibuang oleh tekong bot terbabit sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.m Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Perlis mengesan sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan kaedah rawa sorong.
"Bot peronda Maritim Malaysia seterusnya bertindak mengejar bot terbabit dan mendapati seorang tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot dan berenang melarikan diri ke daratan berhampiran sebelum pihak berkuasa menghampiri mereka," jelas Shafie.
Menurut Shafie, pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati tiada hasil tangkapan yang ditemui dan disyaki ianya baharu sahaja keluar untuk menangkap ikan. Anggaran nilai rampasan bot terbabit berserta enjin sangkut bergalah adalah sekitar RM6000.
Bot tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan dan Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 jadual 2 iaitu menggunakan kaedah penangkapan ikan dengan menolak di sepanjang dasar laut dengan menggunakan bot berjentera.
“Maritim Malaysia akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.
![]()
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

