SEMPORNA, 12 Mac - Akibat gagal mempamerkan lesen bot dan gagal melaporkan pertukaran nakhoda dalam lesen bot, dua tekong warga Filipina, seorang tekong warga tempatan dan tiga orang palauh beserta dua awak-awak ditahan kerana melanggar syarat-syarat sah lesen dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 di perairan Semporna petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi bin Hassan berkata, kira-kira jam 5.00 petang semalam, bot ronda Maritim Malaysia yang melakukan rutin rondaan telah mengesan kesalahan dua bot pam, dua bot nelayan, sebuah bot kargo dan sebuah bot rekreasi, masing-masing berwarna jingga, merah/biru, merah/hijau, putih/biru dan biru/merah gagal mempamerkan lesen bot serta gagal melaporkan pertukaran nakhoda dalam lesen bot. Bot-bot tersebut telah ditahan dilokasi berbeza iaitu 0.6 batu nautika timur Semporna dan 0.5 batu nautika barat Pulau Bum-Bum.Jelasnya, ketika kejadian bot- bot tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pulau Mabul, Pulau Danawan dan perairan Kampung Pokas dari Semporna.
“Pihak kami terpaksa menahan enam orang tekong bot beserta dua orang awak-awak masing-masing berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 60 tahun kerana disyaki telah melakukan kesalahan yang ditetapkan dibawah peraturan perlesenan bot dan masih tidak patuh pada undang-undang laut."“Enam bot tersebut bersama hasil rampasan termasuk bot, enjin pam dan enjin sangkut yang dianggarkan bernilai RM 33,000 telah ditunda masuk ke Jeti Kem Azumi Semporna dan diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk tindakan lanjut, katanya.
Menurut beliau lagi, Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang perlanggaran undang-undang dan salah laku jenayah di perairan Semporna.
Orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.
![]()
![]()
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.















.svg.png)

